~ PARA PECINTA ~

Thursday 24 November 2011

HILANG SEGALA TAWA DIHATI INI...

sekadar gambar hiasan

Siapa sangka dunia yang penuh dengan senyuman  dan gurau senda kini tiada lagi dalam senyuman ini...ia seolah - olah hilang dari ruang wajah yang selama ini selalu manis di matamu.. Kehadiran dia cukup membuat hati ini terguris, memikirkan engkau bukan lagi milikku saja pun sudah cukup membuat hati ini terluka... apatah lagi melihat kemesraan kau dan dia... Betapa hati tidak sanggup untuk menidakkan sesuatu yang telah berlaku .. Ku menyedari siapa aku di matamu dan ku akui semua yang terjadi antara kita selama ini bukan sesuatu yang benar..
mengapa hati ini merasa pedih teramat-amat, hati nurani ini tidak dapat menerima hakikat yang aku sudah kehilangan mu buat selamanya...kau bukan milikku lagi..

Aku harus pergi dari hidup mu buat selamanya..tiada guna aku terus disini melihat dia mesra dengan mu..... Kemana?? kemana harus ku tuju membawa luka di hati ini.. adakah tiada tempat dan insan yang boleh membuat aku ketawa dan senyum seperti dulu lagi... betapa aku ingin sekali bersama mu, mengapa bukan aku yang kau pilih.. setelah ku menunggu sekian lamanya dan menanti dengan penuh sabar, akhirnya kau pulang dengan berteman insan lain sebagai pendampingmu..sudah tentu hancur luluh hati ini dan tiada kata yang dapat ku luahkan selain penyesalan dan hampa yang melanda di segenap ruang hati ini... selama ini kau yang ku harapkan tapi akhirnya kau bukan untukku lagi...kini tiada lagi air mata yang mengalir ke pipiku, ia sudah lama berhenti mengalir dari saat kau kembali bersama dia....

Setiap detik yang kulalui kini ku cuba untuk bertahan seberapa lama yang boleh..aku ingin cuba untuk melupakan mu dari ruang ingatan ini, tetapi payah untuk ku lakukan selagi ada rasa sayang dan cinta di dalam hati ini... mungkin masa saja yang dapat mengubati segala rasa rindu dan sayang ini padamu... mampukah aku untuk meneruskan hidup ini tanpa mu...mampukah aku????? biarlah masa yang menentukannya... walau berat untuk kulakukannya, aku harus cuba sedaya upaya ku agar hati menjadi lebih tenang... 

Andai kau bahagia dengan dia ku doakan agar kau akan berbahagia hingga ke akhir hayat hingga nyawa bercerai dari jasad...hiduplah dengan aman agar aku tiada penyesalan melepaskan mu pada tangan orang lain.. sesungguhnya hati ini ikhlas menerima takdir ilahi dan segala yang terjadi pasti ada hikmahnya dan setiap titisan air mata ini pasti akan ada yang mengesatnya.. yang pasti bukan kau dan ku kini berserah pada takdir yang maha ESA.. aku tak ingin lagi memberi sebarang harapan kerna harapan lah yang menghampakan aku..biar ia berjalan dengan kehendaknya dan andai ada cinta untukku lagi biarlah cinta yang mencintai aku seadanya dan ku terima  segala duka di hati ini, yang aku dan kau bukan untuk ditakdirkan dalam kamus cinta ini....

Tuesday 15 November 2011

JATUH CINTA

sekadar gambar hiasan.
   
Hari ini aku akan melangkah ke satu lembaran baru, dimana aku akan melangkah setapak lagi dalam kehidupan aku iaitu menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang..ya, itu lah impian ku selama ini.. Kini bermulalah detik baru aku di Universiti ini bersama-sama senior dan junior yang lain mengejar segala impian.. Tiba-tiba langkah kaki ku terhenti bila ada satu suara yang menegur aku dari arah belakang...
   "Aira... Nurzaidatul Aira Binti Datuk Khalid right..oh my god it's really you." 
   "Ya, saya Aira.." Aku bersuara dan memandang gadis itu dengan penuh hairan, kenal kah aku pada dia..
   "Ini aku lah, Laila...Laila anak Pak Mansur drevar ayah Aira..ingat lagi tak" Laila cuba terangkan pada Aira siapa dia yang sebenarnya.
   "Laila...Oh, Laila yang selalu menagis bila kena buli dengan abang Zikri tu" Aira pula cuba mengingati kembali..
   "Ha...ya la tu, wahh kau sekarang dah cantik la. Tak macam dulu lagi, aku pun hampir tak cam kau tadi"
   "Ya ka, mana ada..aku biasa saja..kau pun x kurang cantiknya jugak." balas Aira pula.
   "Oh ya..kau pun sambung study kat sini jugak ke?" tanya Laila pada Aira.
   "Yup..aku malaslah nak ke oversea, lagi pun kat Malaysia ni pun banyak tempat bagus-bagus kalau kita nak study. Tak payah nak ke oversea lah." terang Aira dengan panjang lebar lagi.
   "Betul, aku sokong kau hahahaha.." akhirnya mereka gelak sesama mereka..

Setelah Aira bertemu dengan Laila dia tak merasa sunyi lagi, kerana akhirnya ada juga teman yang dia kenali di situ. Sayang, dia dan Laila bukan dalam jurusan yang sama. Nasib baik mereka teman sebilik. Hari ini Aira akan memulakan kuliah yang pertama sebagai mahasiswa di situ.
   Jam menunjukkan sudah tepat pukul 9.00 pagi dan Aira sudah terlewat untuk ke dewan kuliah yang pertama. Dia pun berlari dengan sekuat hatinya menuju ke kelas, tapi belum sempat dia sampai ke tempat yang dituju dia terlanggar sesuatu...
   "Aduh..aduh sakitnya." Aira menahan kasakitan sambil mengosok-gosok punggungnya yang entah sakit ke tak.
   "Maaf kan saya. Saudari tak apa-apa." 
Aira mendongak kepalanya untuk melihat siapakah gerangan suara yang sangat menyentuh hati itu. Tiba-tiba dia jadi malu, ya ALLAH..itu adalah jejaka yang paling handsome yang dia pernah lihat dan dialah jejaka yang menjadi rebutan di Universiti ini. Kelu lidah Aira untuk berkata-kata.
   "Emmm, saya tak apa-apa." Aira hanya tunduk malu.
   "Maaflah ya, saya tak nampak awak tadi. Saya nak cepat sebab saya dah lewat nak ke dewan kuliah." Aira berkata dengan tenang, walau pun hatinya berdegup deras.
   "Eh, tak apa..saya pun salah jugak."
   "Saya Aira dan awak??"
   "Saya Jufrizal, tapi kawan-kawan semua panggil Riz je. Cantik nama awak macam tuannya jugak." 
Aira tertunduk malu bila Riz cuba merenung matanya...
   "Emm, saya dah lambat ni..saya pergi dulu ya." Aira pun berlalu pergi dengan hati yang sedikit kecut dengan setiap patah perkataan yang di luahkan oleh jejaka yang bernama Riz, dia mesti ceritakan pada Laila. ya, dia harus cerita..

   Setelah kejadian itu Aira mulai rasa perubahan dalam hidupnya, dia mula mengenali apa itu cinta dan lelaki. Selama ini dia hanya dilindungi oleh ayah dan abangnya dari terjebak dengan gejala yang tak bermoral. Baru kini Aira mengerti bila hati tercuit oleh jejaka yang ingin dekat dengannya..
   Dua minggu sudah berlalu semenjak kejadian yang telah merubah seluruh hidupnya. Riz, jejaka yang selama ini menjadi kegilaan ramai gadis cuba untuk mendekatinya. Siapa yang tak sudi kalau ada jejaka yang sekacak macam hero korea nak date dengan kita, ya tak. Bermacam-macam cara yang Riz lakukan untuk mengorat Aira tapi aira buat jual mahal, kononnya la..Tapi selama mana Aira nak wat jual mahal, hatinya juga dah bergelodak ingin dicintai akhirnya pada petang itu semuanya terungkai sudah.
   "Aira, Riz nak tanya sesuatu pada you ni."
   "Ada apa Riz, tanyalah."
   "Sebenarnya sejak pertama kali Riz terpandang renungan mata Aira hati Riz selalu rindu untuk melihat Aira."
   "Ye ke.." Aira cuba untuk berlagak selamba je, tapi dalam hati dia saja yang tahu.
   "Ya Aira, kenapa..Aira tak percaya ke or you have someone else, sebab tu tak boleh terima Riz."
   "Bukan macam tu, Aira tak punya sesiapa dalam hati ini tapi...." kata-kata Aira terhenti di situ.
   "Tapi apa Aira?" Riz menjadi semakin gelisah dengan jawapan Aira.
   "Tapi, Riz yakinkah yang Riz benar-benar cintakan Aira dan Riz tak akan sia-siakan hidup Aira."
   "Yakin seyakin-yakinnya dan Riz tak pernah seyakin ini bila hati Riz benar-benar untuk Aira. Please Aira terima Riz dalam hati Aira, berikan Riz peluang untuk mencintai Aira dan menjaga Aira..Please Aira ku sayang."
Aira terdiam seketika tanpa berkata apa-apa pun. Dalam hatinya ingin menerima tapi Aira takut kalau dia akan kehilangan cinta itu dia takut dengan sesuatu yang tak mungkin di duga oleh sesiapa pun malah dia juga. Akhirnya Aira bersuara.
   "Yang sebenarnya Aira pun suka pada Riz, tapi Aira takut kalau-kalau Aira tak sesuai untuk Riz."
   "Betul Aira..betul Aira pun suka Riz?" semacam tak percaya pada kata-kata Aira itu.
Aira hanya mengangguk sambil tersenyum manis bila Riz memeluknya dan mengangkat dia secara tiba-tiba.
   "Riz, apa ni... Turunkan Aira la, malu la Aira kalau orang nampak nanti."
   "Tak nak, Riz gembira sebab Aira sudi menjadi milik Riz."
   "Alahhh, jangan la macam ni. Aira malu lah." Aira cuba melepaskan dirinya dari pelukan Riz, jejaka yang mencuri hatinya kini.
   "Baiklah..Riz lepaskan, tapi Aira kena janji malam ni kita dinner sama-sama, ok."
   "Ok ok..Aira janji, gembira cik abang sayang he he he." Aira ketawa gembira..
   "Ohhh usik Riz ye, tak pe janji Aira sayang Riz." Akhirnya mereka berdua ketawa sendiri.

Pada malam itu Riz pun datang menjenput Aira di depan pintu pengawal asrama perempuan. Lama Riz menunggu tapi batang hidung Aira belum juga muncul.Lebih kurang setengah jam menunggu baru akhirnya Aira muncul. Tiba-tiba mata Riz tak berkedip memandang Aira yang sedang berjalan kearahnya.
   "Wauuu..You so beautiful tonight, I tak sangka yang you cantik macam ni. I'm lucky  man you know." Riz berkata pada Aira dengan bangganya.
   "Thanks sayang, malu I." Aira hanya tertunduk.
   "Apa nak malu pulak, memang you sangat cantik. Riz bertuah sebab Aira sudi terima Riz jadi boyfriend Aira."
   "You ni..Dah la, jom kita gerak. Kemana Riz nak bawak Aira dinner malam ni." Aira menukar topik perbualan..
   "Jom, ikut je lah..nanti Aira tau la..." Riz menarik tangan Aira dengan lembut dalam pegangannya sambil menuju ke kereta sport miliknya.
Setelah sejam mereka berada dalam kereta akhirnya sampai sudah ke destinasi yang dituju...Riz membuka pintu kereta untuk Aira dan mereka berjalan beriringan sambil Riz memeluk pinggang Aira dengan lembut..Aira hanya diam tanpa berkata apa-apa, dalam hatinya kini sedang gemuruh bertanya kemana kah dia akan dibawa.
   "Silakan masuk Aira." Riz mengajak Aira masuk ke rumahnya.
   "Kita kat mana ni Riz?" tanya Aira dengan penuh tanda tanya lagi.
   "Ini rumah Riz, malam ni kita dinner dengan keluarga Riz, ok."
   "What??? Rumah Riz, kenapa tak cakap awal-awal yang kita nak kerumah Riz." Aira mula rasa gelisah.
   "Kenapa ni sayang..Aira tak sudi ke jumpa keluarga Riz. Mereka nak sangat jumpa Aira bila Riz cerita kan tentang Aira pada mereka."
   "Bukan tak sudi, tapi cepat sangat..Aira tak bersedia lagi dan Aira malu la, nanti apa pulak keluarga Riz kata tentang Aira. Aira tak cantik." Aira cuba berdalih dan sembunyikan debar dihatinya ketika ini.
   "Tak pe, dia orang bukannya makan orang pun, nak takut apa. Jom jom kita masuk, semua dah tunggu kita nu." Riz cuba menenangkan debaran hari Aira.
   "Hemm baiklah, jom kita masuk. Tapi Riz jangan buli Aira ya." Aira terenyum kembali pada Riz.

Bila saja Aira melangkah masuk ke dalam ruang rumah itu, semua mata tertumpu padanya. Pada waktu itu hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya debaran hati Aira berdegup deras macam nak luruh jantungnya melihat keindahan rumah itu dan mata-mata yang sedari tadi asyik tertumpu padanya.
   "Assalamualaikum...." Aira bersuara.
Dengan seragam semua mata yang tertumpu padanya tadi menjawab bersama. "Waalaikummussalam.."
Tiba-tiba seorang wanita yang sedikit berumur datang ke arah mereka sambil tersenyum.
   "Sila masuk sila masuk, ohhhh ini rupanya tuan yang empunya nama yang selalu disebut-sebut oleh anak bujang makcik ni. Cantik orangnya, patut la Riz duk sebut-sebut je."
Aira hanya tersenyum dan diam membisu, mukanya merah menyala dah sebab kena usik dengan mak Riz.
   "Ehhh mana ada makcik." Aira berkata pada mak Riz dengan senyuman terukir dibibirnya.
   "Selamat datang ye Aira ke rumah makcik ni, jom kita ke ruang tamu, silakan."
Aira pun berjalan ke ruang tamu sambil Riz mengenggam erat tapak tangannya. 
   "Kenal kan ini Aira girlfriend Riz.." Riz mempekenalkan Aira pada ahli keluarganya.
   "Amboiii Along, cantiknya girlfriend Along." adik bungsu Riz bersuara.
   "Cantik ke, haaa sapa cari he he he.." Riz berseloroh dengan adik lelakinya Muiz.
Aira pula pada ketika itu gelisah dan malu semuanya ada pada waktu itu. Mereka pun berlalu ke ruang makan untuk menjamu selera.Semua mata tertumpu padanya dan Aira pula menjadi semakin gelisah dan malu memikirkan yang banyak mata tertumpu dekatnya. Ada adik-adiknya, makcik dan pakciknya. Semuanya asyik merenung Aira, apa yang tak kena pun tak tau naik segan Aira dibuatnya.Setelah selesai makan malam Riz pun menghantar Aira balik. Dalam perjalanan balik Riz membawa Aira kesatu tempat dahulu.

   "Aira, jangan marah Riz ye." Riz bersuara setelah lama mereka diam diatas batu di tepi pantai ini.
   "Tak lah, Aira tak marah pun geram adalah..." Aira bergurau.
   "Betul ke Aira tak marah ni." Riz tak puas hati dengan jawapan yang diberi oleh Aira tadi.
   "Ye sayang, Aira tak marah..Aira senang boleh kenal dengan ahli keluarga Riz. Mereka semua baik pada Aira dan Aira pun senang dengan layanan ramah mereka semua. " Aira bersuara agar hati Riz lebih tenang.
   "Hemm bagus la kalau macam tu. Lega hati Riz, sebab mak dan family semua dapat menerima Aira."
   "Riz!"
   "Ye sayang."
   "Kenapa Riz bawa Aira jumpa keluarga Riz, sedangkan kita baru kenal tak sampai sebulan pun." tiba-tiba Aira bertanya pada Riz.
   "Emmm... mungkin Riz suka sangat-sangat pada  Aira, sebelum ni tak pernah hati Riz benar-benar suka pada seseorang gadis seperti Riz sukakan Aira."
   "Itu saja." 
   "Bagi Riz, cinta tak kenal erti baru atau sekejap. Yang penting hati Riz suka pada Aira dan Aira punya ciri-ciri yang Riz mahukan."
   "Tapi Aira rasa pelik, sebab lelaki sekacak Riz mesti banyak yang suka dan Aira hanyalah gadis biasa saja."
   "Mungkin sebab Aira ni lain dari yang lain la yang buat Riz angau siang malam, kesucian di wajah Aira membuat hati Riz tersentuh dan renungan mata itu membuat jiwa Riz tak dapat tidur lena dan siang malam Riz asyik mimpikan Aira je." dengan panjang lebar Riz ceritakan pada Aira.
   "Bertuahnya Aira sebab ada yang sayangkan Aira ni."
   "Ehhh mana ada, Riz yang bertuah sebab Aira jadi girlfriend Riz tau."
   "Ye la..sama-sama bertuah ok." akhirnya kedua-dua mereka ketawa.
   "Riz, Aira bahagia bersama dengan Riz. Riz jangan tinggalkan Aira ye."
   "Tak akan dan tak mungkin ianya akan terjadi. Selagi diri ini bernyawa selagi itulah akan terus mencintai mu Nurzaidatul Aira ku sayang."
Aira hanya tersenyum bahagia dengan kata-kata yang baru saja didengarnya saat itu. Tiada apa yang lagi membahagiakan dia disaat ini dari ungkapan dari Riz, lelaki yang mencuri sekeping hatinya dan kini sedang membahagiakan dia dengan penuh kasih sayang yang dia sendiri tidak duga. Bahagianya kini hanya Tuhan saja yang mengetahui dan dia mendoakan agar kebahagiaannya ini tak menjadi panahan mata jahat orang lain. Dia kini bahagia dengan cinta yang dia miliki. Begini rasanya bila diri dilamun cinta.

BERIKAN HATI MU PADAKU

sekadar gambar hiasan.

Bila kau senyum ku gembira bila kau sedih ku menangis
Bagai kan tiada duka dan pilu yang menyelubungi hati ku ini
Andai kau tahu ku rindu mu andai kau tahu ku cintamu
Bagaimana harus ku lupakan perasaan hati ku ini..

Setiap detik dan saat hanya nama mu di bibir
Setiap hari ku lalui dengan merindui dan mengingati kamu
Sepinya hidupku tanpa mu disisi aku
Sunyinya aku tanpa gurau senda mu mengusik aku..

Wahai cinta wahai kekasih
Kembalilah dikau dalam hati ku
Berilah aku kesempatan sekali lagi utuk mencintai mu
Mencintai mu dengan sepenuh hatiku
Menyayangi mu dengan segenap jiwa dan ragaku ini
Tiada lagi ku berdolak dalih dengan perasaan ini
Perasaan yang satu..ya..hanya kau yang aku cintai
Tiada yang lain selain kamu di hati ini..

Sayang ku padamu semakin dalam
Sedalam lautan dan setinggi gunung Himalaya
Andai hatimu tak dapat ku miliki lagi
Habis luluh seluruh hatiku ini
Ketenangan dihati ini untuk sayangi mu  punah semuanya..

"BERIKAN HATI INI PELUANG UNTUK MENCINTAIMU SEKALI LAGI"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...