~ PARA PECINTA ~

Saturday 31 December 2011

segmen-bloglist-x-change-and-review

Assalamualaikum dan jom kite try benda baru ni mungkin bagi korang benda2 mcm ni dah lama tapi bagi sis masih baru so jom join dan jgn lupa kite ke link ni yehttp://kizgarden.blogspot.com/2011/12/segmen-bloglist-x-change-and-review-ur.html
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni 
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

Sunday 18 December 2011

ANDAI CINTA ITU SEJATI.

gambar hiasan..
Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang dihatimu..
Sayang ini juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu..
Rinduku ini mungkin tiada ertinya bagi dirimu..
Tapi mampukah aku melupakan tika hati dikabus rindu..
Mampukah aku melepaskanmu dikala jiwa terpaut sayang..
Perlukah aku melangkah pergi bila cinta mulai bersemi
Andai dapat kau nilai erti kasih sayang..
Maka izinkan ku sentuh cintamu..
Izinkan aku menjadi sinar yang menerangi hari-harimu..
Izinkan aku menjadi suri yang bisa membahagiakanmu..
Andai dirimu membenci daku akan ku berlalu jauh darimu..
Jauh dari hidupmu dan  hilang dalam setiap hembusan nafasmu..
Andai benar cinta itu sejati walau telah pergi akan kembali lagi..

Thursday 8 December 2011

DALAM KETERPAKSAAN

sekadar gambar hiasan...

Ku cari ruang di hati ini untuk menerima mu seadanya.. ku beri hati ini satu lagi peluang untuk menerima mu walau berat hati untuk melakukannya... hadirmu kini merubah segalanya... segala yang aku inginkan dalam diri ini... mengapa??? Mengapa harus aku lalui lagi derita yang kau tinggalkan di hati ini dulu... adakah aku tak rela melepaskan engkau pergi dari hidupku... mengapa... mengapa????

Mengapa ketenagan yang ku cari tiada disini... kau telah merubah aku sepenuhnya, tanpa kata-kata aku terkeliru dengan kehendakku sendiri... aku hanya mampu berharap yang disatu masa akan hadir bahagia buat kita walau pun ku mengetahui yang tiada lagi bahagia untukku... hanya kepiluan yang aku dapat dengan segala keputusan yang aku buat...

Tiada guna menyesali diri dan aku cuba menerima mu dalam diri ini kembali... akan ku cuba untuk mencintai mu buat kali kedua... walau dalam hati tak rela melepaskan mu tapi ada sedikit rasa dalam diri ini yang kau tak mungkin akan dapat takluki... semakin hampir hari itu semakin deras jantung ini berdegup dan semakin aku cemas dengan mainan perasaan ku sendiri...

Berilah aku kekuatan untuk kuteruskan hidup yang telah kau tuliskan untuk ku... 
Saat kau bisikkan kata cinta padaku aku jadi lemah...
Saat kau membelai aku dengan sentuhan tangan mu aku jadi malu...
Saat kau membelai rambutku aku tahu kau cintai aku...
Saat kau memeluk aku dikala aku dalam ketakutan...
Aku tahu yang kau akan sentiasa melindungi aku...

Tuesday 6 December 2011

PELANGI CINTAKU


Pelangi yang datang bersama hujan
Membuat aku terpanar
Dengan keindahan tujuh warnanya
Lantas hati bertasbih akan kebesaranNya
Aku sentiasa menanti
Akan kehadiran sang pelangi
Kerana melaluinya aku mengetahui
Kamu juga turut menyukai
Namun,sejak dirimu aku kenali
Banyak yang aku pelajari
Dalam diam aku mengagumi
Dirimu yang bertakhta di hati
Cantiknya awan di langit yang membiru
Umpama rinduku yang selalu terbuku
Indahnya matahari di waktu senja
Menjadi pengubat jiwaku yang lara
Bersinarnya bintang di waktu malam
Seperti kasihku yang takkan pernah padam
Tapi aku masih menanti si pelangi
Yang amat sukar nak kutemui
Setelah kamu ku kenali
Aku semakin mengerti
Walau cantiknya si pelangi
Tujuh warnanya yang sentiasa berseri
Namun baguku kamu lebih mengatasi
Dari segala-galanya di dunia ini
Sekarang aku fahami
Tak perlu lagi aku terus menanti
Pelangi di langit akan muncul dan hilang
Datang dan pergi seperti sang hujan
Tapi kamu akan kekal di sini
Terpahat jauh di sudut hati
Biarpun kamu tiada kini
Bagiku kamulah yang akan abadi
Buat selama-lamanya
Kerana kamulah pelangi cintaku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...