~ PARA PECINTA ~

Wednesday 29 February 2012

RINDU

sekadar gambar hiasan..
Dikala kau tiada
Aku menjadi seorang perindu
Rindu kepada guarauanmu
Rindu kepada jenakamu
Rindu kepada usikanmu
Rindu kepada tawamu
Bilakah...
Rindu yang dirindukan
Akan kembali
Mengubati hati ini
Menbawa bersama
Gurauanmu
Jenakamu
Usikanmu
Tawamu
Rindu yang dirindukan
Kembalilah bertahta dihati
Kerana aku sering menanti...

Monday 27 February 2012

APA SALAHKU HINGGA DIHINA SEBEGINI...

SEKADAR GAMBAR HIASAN.
Mengapa salam persahabat selalu disalah ertikan????
Kita berkawan hanya untuk mencari lebih ramai kawan dan bukan untuk mencari musuh tetapi persahabatan yg di hulur disalah mengertikan oleh sesetengah pihak.. Cinta kalau tidak saling percaya maka hancurlah ikatan cinta yg dibina..Memang perlu ada cemburu tetapi, cemburu yg bertempat bukan cemburu yg membabi buta.. Siasat dulu duduk pekara yg sebenar dan jangan menyalahkan satu pihak saja kalau salah percaturan diri sendiri jugak yg malu kan...
Kerana cinta yg belum pasti lagi akan bersama, dia menuduh dgn sesuka hati, kalau benar dlm hati masing2 punya cinta yg kuat, datanglah badai taufan sekuat mana pun x akn musnah percintaan kamu kalau benar2 kuat...Ini sbb x ada keyakinan dlm diri dan dlm cinta kamu sbb tu cemburu buta... Xkan lah seorang yg dah berpunya nak mengoda milik org dan wat pe nak hak org sedangkan dia bahagia dgn perkahwinan yg dia miliki kini... 
Salahkah kalau sebagai sahabat utk tanya kabar dan like status kwn2 dia kat FB.. kalau itu menjadi kesalahan baik x yah bercinta, berfikir secara rasional dan bukan dgn membuta tuli.. Sememangnya si lelaki ni sangat kacak dan mungkin sbb itu diri dia rasa tergugat kalau si lelaki berpaling tadah.. Tapi nampak sangat yg dia x yakin dgn cinta dia pada lelaki ni.. Kerana kayakinan dia xde dia menyalahkan si pihak lg satu plk, susah kalau ada org yg jenis x mengerti persahabatan dan cinta.. 
Mengapa perlu memaki hamun, perli memerli dan mengeluarkan kata2 yg pedih dan buat org menangis.. Andai salah dari diri xpe jgk ini xde salah kat mana2 pun, sampai dia mengeluarkan kata2 yg kejam bgi seorang yg berpangkat adik pada kakaknya... Andai persahabatan ini memerlukan pengorbanan biarlah kakak yg hina ini beralah utk kebahagian adik2 dia walaupun diri dah x dianggap sebagai kakak lagi..luka yg di tinggalkan sangat dalam hingga sukar untuk dijahit atau tampal lagi...Kalau begini caranya kamu berdua akan diremove dari friends list kakak...dah kalau cemburu tu sampai dah hilang rasa hormat kat akak ni so sayonara pada kamu berdua...

Wednesday 22 February 2012

CINTA KITA UMPAMA MIMPI

SEKADAR GAMBAR HIASAN.
Aku pernah bermimpi yg suatu hari akan hidup bersama mu..Tapi mimpi hanya tinggal mimpi dan x akan menjadi realiti.. Kerna mimpi kita sukar digapai, sukar dimiliki dan sukar untuk bahagia... Aku selalu mengharapkan agar kita akan menjadi satu pasangan yg terbaik pada pandangan mata semua orang dan semuanya musnah kerna onah mu sendiri yg x setia... Mengapa aku yg menjadi mangsanya, disaat aku lagi sedang bahagia kau robek2 keluar hati ini menjadi cebisan2 kertas yg jatuh berderai...Tiada pernah ku sangka begini akhirnya cinta kita yg lama terjalin...

Lelaki...ohhhh lelaki, mengapa manis sungguh bicara mu hingga kaum hawa sepertiku lemah dengan pujukan rayumu.. memang lelaki kalau bermain kata cukup manis hingga kaum hawa seperti aku jadi penasaran dan kau pandai mengambil peluang bila hati ini menjadi lemah.. Sesungguhnya tidak pernah aku sesalkan dengan kasih yg lama terjalin antara kita tapi, tidak akan sesekali aku menerima mu lagi dalam kehidupanku.. Cukuplah sekali aku rasa kepedihan yg kau tinggalkan dalam hati ini... Tidak mungkin aku kembali padamu bila kau sudah buang jauh aku dari hatimu dulu.. Kini ku bahagia dengan kehidupan yg aku jalani dan tidak pernah ku sesali hidup bersendirian tanpa mu disisku lagi...

Mengapa lelaki tidak pernah cukup dengan seorang perempuan dan mengapa harus mencari yg kedua.. tidakkah dulu terlalu sayang dan cintanya kamu padaku...Mengapa sekarang tiba-tiba saja semuanya berubah, sudah hilangkah rasa cinta yg terbina dulu dan mengapa kau berubah hingga begini... Kini aku tidak lagi mengenali siapa lelaki yg pernah aku cintai dulu...kau sudah jauh terpesong dan cintamu kini tiada dalam hati ini dan aku ingin mencari cinta yg benar2 mencintaiku dengan seadanya dan menerimaku dengan penuh kasih.. Cukup sekali ku derita dan tak akan ku derita berkali2 lagi...Pengalaman lalu banyak mengajar ku erti luka dan bahagia..Kini ku akui ku tabah menghadapi cinta baru...cinta yg tiada dikau didalamnya...

KAWAN MAKAN KAWAN

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Pernahkah terjadi pada anda mencintai kekasih sahabat anda sendiri..hemmm topik kita pada kali ini adalah jatuh cinta pada kekasih sahabat baik kita.... Mengapa dan apa yang membuatkan kita suka pada kekasih sahabat kita...tentu ada sebab2nya kan..kalau anda rasa ingin berkongsi dengan cintamama silakan dan cintamama alu2kan komen dan luahan anda disini..

Pekara ini tak pernah la terjadi pada  cintamama tapi tak tahu la pada anda di luar sana kan..bayangkan kita boleh terjatuh cinta dengan kekasih kawan kita sendiri..cintamama nak tanya sanggupkah korang menikam belakang kawan anda sendiri hanya kerana seorang lelaki @ perempuan... Sanggupkah musnahkan persahabatan yang telah lama terbina hanya kerna sebuah cinta yang belum mungkin akan menjadi realiti dan sanggupkah kamu untuk menatap wajah sahabat kamu setelah apa yang telah kamu lakukan di belakangnya..Cuba fikir dan renung2kanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk persahabatan yang telah lama terjalin..

Cinta boleh dicari tapi sahabat sejati yang sanggup bersusah senang dan sentiasa ada disisi sukar untuk didapati lagi...sekarang banyak sahabat yang hanya ada bila kita dalam kesenangan dan bila dalam kesusahan semua menghilang...Begitu juga cinta, cinta yang kita dapat dengan mengrampas dari hak orang lain tak akan kekal lama... Sebabnya satu hari cinta kita itu akan dirampas oleh orang lain pula...Setiap apa yang terjadi dimuka bumi ini ada balasannya dan setiap kejadian ada hikmahnya..maka berfikir dengan akal dan jangan berfikir dengan membuta tuli...renung2kanlah...komen dan storylah kalau anda ada pengalaman atau ingin kongsi2kan cinta anda..cintamama alu2kan...moga anda terhibur dan senang dengan penulisan cintamama yang tek seberapa ini..Sampai jumpa lagi di entry yg akan datang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...