~ PARA PECINTA ~

Saturday 14 July 2012

BERIKAN AKU CINTA

Deruan angin selalu menyapa aku yang asyik di buai perasaan..
Aku terkejut pada pukulannya dan tanpa ku sedari ada sesuatu mengalir..
Ah, mengapa dan kenapa ia harus terjadi disaat aku lagi di buai mimpi2 indah..
Ku selalu merenung ke langit dan ku lihat indahnya kepulan2 awan yang terbentuk..
Seakan2 sedang tersenyum padaku dan aku kembali senyum sendirian..
Mimpikah aku?? Gilakah aku?? Ahhhh, aku pun tak tahu...
Tak pasti akan perasaan aku sendiri dan bagaimana harus ku luahkan..

Aku ingin berkongsi segala kegembiraan di hati ini dengan seseorang..
Tapi... siapa dan siapa?? hemmm...
Andai saja ada yang menyayangi diri ini pasti aku tak kesunyian lagi..
Pasti akan ku luahkan segala kerungsingan yang bermain2 di mindaku..
Haruskan aku mencari seseorang sebagai penganti diri mu..
Apakah kerinduan ini akan terubat dengan kehadiran orang baru..
Aku selalu inginkan yang terbaik untuk cinta ku, tapi aku takut..
Takut untuk terluka ke dua kalinya..
YA ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk bercinta lagi..
dan berikan aku segala keindahan cinta yang selama ini ku dambakan..
Aku yang sentiasa ingin dicintai dan disayangi selama-lamanya...

Monday 9 July 2012

UJIAN DARINYA


Cintailah dia dan sayangilah dia selagi dia masih ada didunia ini..
Jangan dikesal kemudian hari bila tiada lagi peluang untuk berkata2 dan menyanyangi..
Buang segala rasa benci dan amarah dan penuhi dengan rasa cinta yang melimpah ruah..
Andai pernah membenci hilangkan ia dari hati mu..
Sucikan dari segala rasa benci yang bermain2 di hati mu dan minda mu jua..
Nescaya kau akan bisa untuk memaafkan dan merelakan segala kepedihan yang pernah terjadi..
Sesuatu kejadian pasti ada hikmah disebaliknya dan sesungguhnya setiap insan akan diuji OLEHNYA..
Maka janganlah sekali2 menyalahkan takdir..
Harungi ia dengan tabah dan berani dan di akhirnya kau akan dilimpahi kebahagian..
Kebahagian yang hanya akan menjadi milik mu abadi..

TIADA GUNA MEMAKSA CINTA

sekadar gambar hiasan..

Dalam diam dia datang dan dalam diam dia pergi..
Kehadiran mu sekadar membuat aku terluka lagi..
Mengapa kau beri aku sebuah harapan ..
Jikalau kau tidak dapat menunaikan janji2mu..

Mengapa harus ada jurang yang memisahkan kita..
Sekiranya sayang masih ada untuk kita..
Berkasih dan bermanja lumrah dalam bercinta..
Berduka dan berpisah jua menjadi satu kebiasaan..
Jadi!!! mengapa harus ada rasa kesal jika terjadinya perpisahan..

Bukan memaksa bukan meminta..
Tapi,biarlah sayang itu timbul secara semulajadi..
Tiada guna memaksa hati menerima sesuatu..
Sesuatu yang hati dan perasaan tidak dapat menerima..

Tiada guna kalau cinta hanya dari sebelah pihak..
Sedangkan pihak yang lain hanya buat tak tahu..
Sakit hati akan bertambah2 dalam jadinya..
Biarlah ia datang dan pergi secara semulajadi..
Usah di paksa usah di rayu..
Ada jodoh akan bersatu, bersatu untuk selama2nya..

Tuesday 3 July 2012

BENCI DAN SAYANG


Bisakah yang dibenci disayangi???
aku tak tahu dan tak pasti..
apakah jawapan yang ada dalam hati ku..
adakah ia layak untuk disayangi lagi..
setelah hati dirobek2 dengan kejam..

Masih bisakah ianya di maafkan..
apa yang aku harapkan lagi setelah semua itu terjadi..
betapa derasnya air mata ini mengalir..
ia tetap hanya air mata yang tiada nilainya untuk mu..

Bodoh kah aku??
mengharap sesuatu yang tak pasti..
sesuatu yang hanya aku dambakan sendirian..
sedangkan dia tidak tahu apa sebenar yang ada dalam hati ini..
haruskah aku meluahkan segala yang terpendam..
bagaimana harus ku luahkan setelah hatiku diperlakukan dengan kejam olehnya..
ahhh tak dapat untuk ku harungi lagi kelukaan ini..

Biarlah ia begini...
sendiri dan sendiri lagi..
tiada teman dan kekasih yang menemani disisi..
hanya ada air mata yang menemani aku yang sepi..

JODOH ANTARA KITA...


Aku rindu dia..
aku sayang dia..
aku cinta dia..
dan aku ingin bersamanya..

Tapi adakah kehadiran ku hanya satu masalah untuknya..
aku tak tahu jika kehadiran ku hanya satu bebanan pada mu..
tapi percayalah yang aku amat merinduimu..
jauh di sudut hati ini ingin selalu bersama mu..

Tapi...?
adakah dia rasa apa yang aku rasakan..?
adakah degupan jantungnya merasakan sesuatu..:?
adakah dia pun ingin bersama ku selalu..?
aku tak tahu dan aku keliru...
lalu apa yang aku harapkan pada sesuatu yang belum pasti..

Andai ada jodoh kita, maka kita akan bersama..
andai tiada jodoh antara kita, ku pasrah..
walau berat hati menerima tapi aku sudah cukup gembira..
gembira kerana pernah mencintaimu dengan setulus hati ini..
dengan siapa kau bahagia aku akan mendoakan mu agar kau gembira..
walau hati ini terluka tapi ia masih kuat untuk menerima ketentuan ilahi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...