~ PARA PECINTA ~

Wednesday 8 August 2012

LOVE LOVE LOVE


Saranghae!!!
wo ai ni!!!!
I Love U!!!
Aku Cinta Padamu!!!
Aisheteru!!!

Bunyi sebutan berbeza tapi maksud yang sama..Cinta oh cinta mengapa hadirnya selalu mengundang masalah pada si pencinta.. Andai satu hari nanti tiada cinta pada diri insan2 di dunia ini apakah yang akan terjadi dengan insan2 ini semuanya???

Ya!! Cinta harus ada dalam setiap diri insan kalau tiada rasa cinta, hati dan perasaannya menjadi keras dan hitam tiada lagi sifat2 kasih sayang dalam meyayangi pasangan dan insan2 yang berada disekelilingnya.. Cinta terlalu murni dan suci untuk di lempar dari setiap hati..Cuma hati yang mengerti nilai cinta faham apa maksud cinta itu.. Perasaan tak dapat berbohong andai cinta itu kadang2 membawa derita tapi harus diingat hitam dan putih perlakuan kita adalah atas keputusan kita sendiri..Kita sendiri yang mencoraknya, jadi tentukan sendiri nilai cinta kamu..Bagi ku cinta itu amat mulia dan aku penuh dengan kasih sayang dan cinta..

Cinta ini tiada berbelah baginya lagi..Banyak jenis cinta yang ada dalam dunia ini..contohnya..
1~cinta pada kedua ibu bapa
2~cinta pada sahabat
3~cinta pada saudara mara
4~cinta pada kekasih
5~cinta pada alam
6~cinta pada semua ciptaan ALLAH S.A.W di muka bumi ini dan yang terpenting adalah no
7~cinta pada pencipta dunia ini iaitu ALLAH S.A.W..
kerna cinta padaNYA saja yang benar..padaNYA kita meminta dan memohon dan padaNYA juga kita akan kembali..

Oleh itu sayangi diri dan ALLAH S.A.W yang telah mencipta kita dan menghargai setiap kehidupan di dunia ini.. andai kamu merasakan kamu keseorangan tanpa cinta, ingatlah yang ALLAH S.A.W sentiasa ada melihat setiap apa yang terjadi.. Cintalah dengan ikhlas dan jangan mendustai cinta yang suci dengan kekotoran hati yang penuh dengan dendam dan hasat dengki...Ingatlah ALLAH S.A.W sentiasa melihat...

Monday 6 August 2012

MENGAPA SUKAR MENEMUI JODOHKU..

sekadar gambar hiasan.

Sendiri aku di laman ini bertemankan laptop kesayangan ku..
merenung2 ke arah luar rumahku yang gelap gelita..
tiada sebarang cahaya menerangi , yang ada kini hanyalah ungas2 malam..
yang sering menemani malam hariku yang sunyi dan sepi..

Mengapa tiada hati yang dapat menawan diriku yang terlalu inginkan belaian dari mu..
mengapa dan mengapa aku harus sendiri lagi..
sepi selalu saja menemani aku dan aku pilu memikirkannya..
apa tiada secebis cinta untuk ku miliki..
tiada kah cinta yang ikhlas yang tidak mengharapkan balasan..

Kerinduan ini sering memaksa aku di jalan buntu heemmm...
andai saja aku bisa menemui seseorang insan yang setia pada cinta..
setianya pada kasih yang tiada belah baginya lagi..
namun aku hanya mimpi disiang hari, ahhh mimpi lagi..

Andai saja ianya bukan mimpi mungkin aku sudah bahagia kini..
dan mungkin aku tidak keseorangan lagi menempuhi malam2 hariku bersendirian..
sukar untuk aku jatuh cinta lagi setelah kau tiada dalam hati ini..
kelukaan itu cukup mengajar aku erti kepura-puraan, erti dusta yang kau ciptakan..
dan tiada apa yang akan ku kesalkan lagi bila diri ini berseorangan..

Sudah cukup untuk aku nikmati cinta ku yang sekejap walaupun cuma dusta..
dan terima kasih atas cinta pura-puramu itu sayang..
kerna kau mengajar aku erti cinta yang pilu..
andai aku di pertemukan dengan seseorang..
ku harap biarlah ianya jodoh yang sudah ditetapkan untukku dunia dan akhirat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...