~ PARA PECINTA ~

Wednesday 27 March 2013

HATI YANG SUKAR DIMILIKI...

sekadar hiasan.
Mencintai mu ibarat melihat nun jauh ke awan..
Ingin ku gapai engkau tapi tangan ku tak sampai..
Sakit hati ini hanya dia yang tahu..
Mengapa dugaan ini begitu berat ku tanggung..
Begitu sukar menerima hakikat yang cinta ini sukar dimiliki..
Hancur berkecai hati ini menjadi kepingan-kepingan kaca..
Yang tiada nilainya lagi di depan mata mu..

Ku ibarat daun yang kian kering..
Hilangnya tiada siapa yang peduli..
Sendiri lagi di malam ini..
Tanpa cinta tanpa belaian kasih mu..
Kesepian diri semakin jelas kelihatan..
Kini ku sendiri dan selamanya ku sendiri lagi..

Andai ada cinta yang suci...
Kemana hilangnya seri cinta itu..
Walau cinta sering memberikan ku kelukaan..
Tapi cinta tetap memberiku ke gembiraan yang terindah..
Kerna keindahan itu kekal selagi aku bernafas..

Friday 22 March 2013

KATA2 INDAH PART 1

Kata2 indah 1:~

Mencintai mu satu kemestian..
Merindui mu satu kenikmatan..
Andai memilikimu satu kesalahan..
Berikanlah aku satu kekuatan..
Agar cinta kau dan aku bersatu teguh selamanya..


Kata2 indah 2:~

Ku tiup seruling mengikut irama..
Ku alunkan lagu ini tuk kau dengari..
Aku mengharap kau dan aku bersatu kembali..
Seperti irama lagu ini yang tak dapat di pisahkan dari kau dan aku..
Cinta ini seperti layang2 yang tiada penghujungnya..
Begitulah jua cinta aku pada mu..
Ibarat tiada penghujung kasih sayang untuk di nikmati..


Kata2 indah 3:~

Sesungguhnya hati tak mampu berbicara..
Tuk menolak engkau sukar di lafazkan dengan perkataan..
Hati kecil mu mudah terluka.. 
Walau tercuit sedikit cuma, kesannya pasti menyakiti hati..
Tenangkanlah wahai hati agar ku mampu nutuk berdiri semula..
Melepaskan mu sukar bagiku..
Tapi andai ini takdir hidupku, kulepaskan ia tanpa kepiluan dihati..
Carilah bahagai mu di mana jua kan ku cari damai di hati ini kembali..




THE RAIN LOVE

Am i the only one thinking of you?
Will this rain comfort me again?
Does it know how i feel?
I keep thinking of you..
I'm imagining you today again...
will i be able to forget you?
Outside my window i hear rain sound..
I start to think the memories of us..
I can't leave without you girl..
On rainy days i miss kissing you..


I WISH I'M IN YOUR HEART


Even if i meet someone else, I only see you...
Even if i think about something else, I only see you...
Even if i see someone else, I don't have any interest...
Why am i being like this? Like a fool...
It must be love, I can't sleep at all...
I must be in love with you, I keep thinking of you...
Whenever i meet you, I get happy like a little kid...
I wish it's me in your heart and be your lover...

Saturday 9 February 2013

CINTA YG KUCARI


Malam semakin larut tapi mata ku seakan2 belum mahu tidur..
Degupan hatiku semakin deras..
Bila saja ku melihat wajah mu di carta hatiku..
Apakah ini satu petanda yang ia berikan..
Rasa cinta yang selama ini ku dambakan..
Memanggil-manggil namaku semahu-mahunya..
Oh Tuhan tolonglah aku hambamu yang naif ini..
Mencari cinta yang sejati..
Cinta yang agong disisiMU..



CINTA UMPAMA LAYANG-LAYANG

Cinta itu umpama layang2...
Semakin di dilepaskan talinya semakin jauh ia pergi..
Semakin di tarik talinya semakin ia mendekati diri..
Begitulah juga cinta antara kita..
Semakin kau mendekati semakin ku menjauhi..
Cinta yang tanpa rela akan seperti layang-layang terputus talinya..
Mengapa memberi cinta yang tiada orang sudi menerima..
Hadapi hakikat yang cinta tidak boleh dipaksa..
Semakin dipaksa semakin jauh ia terbang pergi..
Ibarat layang-layang ia pergi jauh hingga terputus talinya..
Seperti terputus jua hubungan kasih sayang kau dan aku..



Friday 11 January 2013

CINTA YANG DATANG SEKEJAP.



Pertemuan pertama kali antara Hariz dan Aina mula membuat hati mereka mula rasa ada sesuatu yang akan berlaku.. Tetapi mereka takut untuk meluahkan rasa yang ada dalam hati masing-masing.. Adakah mereka akan menbajai rasa cinta yang ada atau semua akan layu begitu saja.. Inilah kisah mereka..

 BAB 1
“Aduh, Hei!! Buta ka mata tu yang sampai tak tengok dah orang depan mata ni..” Marah Aina pada jejaka yang melanggarnya pada hal dia sedang enak melayan lagu kesukaannya saat itu.
“Opss, maaf kan saya saudari, saya tak nampak saudari ada di depan tadi, maafkan saya ya..”Hariz mula merasa bersalah pada gadis yang ada di depannya itu, bukan dia sengaja tapi matanya asyik tertumpu pada satu objek yang amat menarik minatnya..
“Hemm..ok lah, lagi pun saya bukannya cedera teruk cuma baju ni saja yang basah sedikit.. Tapi saya sayang baju ni, ni baju kegemaran saya tau.” Keluh Aina sedikit sedih sebab itu baju hadiah harijadi dari ibunya..
“Kalau macam tu biar saya bayar duit dobi baju cik ya.. Lagi pun memang saya yang bersalah. Kerana saya baju cik dah kotor dengan air kopi saya.. Maafkan saya ya.” Keluh Hariz dengan segala penyesalan..
“Tak apa saya tak perlukan duit dobi tu cuma hemm itu saja yang saya sesalkan sebab ini baju hadiah harijadi dari ibu saya.. Cuma saya risau kalau kotoran di baju ini tak keluar.” Tertunduk seketika..
Setelah lama masing-masing diam tidak bersuara, tiba-tiba Hariz memulakan bicara dan kensunyian yang tadi sedikit pecah oleh lunakan suara Hariz yang cuba ingin berkenalan dengan gadis dihadapannya, dia mula mereasakan sedikit tetarik pada gadis yang tertunduk dari tadi.. ada sedikit kelembuatan pada wajah gadis ini yang membuat hati lelakinya tercuit sedikit..
“Emmm,saya Hariz dan saudari pula” Hariz memulakan bicara setelah rasa sedikit bersalah pada gadis itu..
“Saya Aina.” Sedikit perlahan bersuara..
“Maafkan saya ya cik Aina.”
“Eh tak pa..tak payah bercik-cik just Aina saja ok.” Aina mula berbual mesra.
“Kalau Aina sudi nah ambillah duit dobi ini, kalau tak cukup nah ini cad saya Aina boleh call saya bila-bila masa saja. Saya akan datang dengan segera.” Hariz cuba untuk memulakan bicara dan tidak mahu ia nampak seperti kaku seperti diawal bicara tadi..
“Eh, tak payah susah-susah la cik Hariz. Bukannya mahal pun duit dobi tu.” Aina cuba menolak dengan baik, tidak mahu membuat hati lelaki dihadapannya terluka..
“Tak susah lah, tengok-tengok.. tadi bila saya bercik-cik dengan Aina, Aina marah sekarang siapa pulak yang berdik-cik.” Hariz tersenyum pada Aina kerna gelagat Aina yang tersipu-sipu malu..
“Ok.. maafkan saya ok.” Aina sendiri ketawa dengan kelakuannya..
Akhirnya mereka ketawa sesama mereka sendiri, begitulah bermulanya perkenalan mereka yang tidak terduga itu dan hari bersilih ganti dan masa berlalu begitu saja dengan bibit-bibit cinta diantara mereka semakin mekar.. Tanpa hiraukan orang sekeliling mereka asyik memadu kasih dan tanpa disedari sepasang mata sedang asyik melihat kelakuan mereka berdua.. Disinilah bermulalah segala kemelut antara mereka berdua.. Keindahan cinta mula terasa bagai racun..
 BAB 2
“Oh ini kerja awak selama ini ya.. di belakang saya awak main kayu tiga.. Sampai hati awak buat saya macam ni, Hariz!! Saya bercakap dengan awak ni, awak dengar ke tak.” Fiza mula geram dengan sikap acuh tak acuh Hariz padanya.
“Ya – ya, saya dengar ni.” Hariz mula rasa seperti dunianya akan dilanda todak sebentar lagi..
“Habis kalau awak dengar cuba terang kan dekat saya apa yang saya tengok tu tak benar.” Fiza cuba untuk menyakinkan dirinya apa yang dia lihat hanya mimpi semata-mata.
“Biarlah saya berterus terang dengan awak Fiza.. Apa yang awak lihat semuanya benar, ya saya telah jatuh cinta dengan gadis itu dan saya harap awak faham sebab kita bertunang pun bukan dengan kerelaan diri kita sendiri. Saya tak pernah cintakan awak, saya terima awak sebagai tunang saya pun sebab mumy saya yang paksa.” Hariz menerangkan segalanya pada tunangannya yang telah dua tahun dia terikat itu, itu pun sebab terpakasa.
“Sampai hati awak buat saya macam ni Hariz, saya setia dengan awak, mencintai awak dengan sepenuh hati saya. Saya ingat selama dua tahun ini dapat merubah hati awak untuk mencintai saya sepenuhnya, tapi saya hanya bertepuk sebelah tangan saja.” Fiza mula rasa kecewa dengan pengakuan dari Hariz tadi, dia tidak menyangka selama ini hanya dia seorang yang mencintai Hariz tapi Hariz sebaliknya pula..
Tiba-tiba Hariz merasa bersalah pada tunangnya itu, tapi dia tidak dapat mengelak dari perasaannya sendiri, dia hanya mencintai Aina dan itu sudah cukup untuk dia memutuskan ikatan pertunangan dia dengan Fiza. Walau mumy dia akan mengamuk bila dia khabarkan berita ini, dia tak kisah. Baginya sudah cukup selama ini dia mengikut segala telunjuk mumy dia dan sudah sampai masanya dia memikirkan hati dan perasaannya sendiri pula.
“Maafkan saya Fiza,” hanya kemaafan yang dapat Hariz ucapkan pada tunangannya itu.
“Awak!! Saya harap awak bahagia dengan pilihan awak. Walau saya sedikit kecewa tapi saya tak menaruh dendam pada awak, saya harap awak boleh selesaikan masalah kita ini dengan kedua keluarga kita elok-elok,” akhirnya Fiza meluahkan rasa di hatinya walaupun sedikit terluka dengan sikap lelaki yang dia cintai selama ini tapi siapa dia untuk menentukan semua yang terjadi dan dia hanya mampu berserah, tiada guna kalau sesebuah perkahwinan itu tidak berlandaskan cinta..
“Fiza! Sungguh mulia hati awak. Saya harap awak akan menemui jejaka yang benar-benar mencintai awak sepenuhnya dan terima kasih atas kasih saying yang awak telah berikan pada saya selama ini.” Hanya kata-kata maaf yang dapat Hariz ucapkan dan dia merasa bangga dengan keihlasan yang Fiza tunjukkan padanya.
Maka berakhirlah sudah kisah cinta Fiza bersama kekasih hatinya yang dia cintai selama ini. Walau payah untuk Fiza melupakan Hariz tapi dia akan cuba untuk melakukannya kerana perjalanan hidup ini masih panjang dan dia merasakan masih ada sinar bahagia untuk dia. Dia merelakan kekasih hatinya dengan orang lain baginya Hariz tidak pernah menjadi miliknya dan tak akan menjadi miliknya sampai bila-bila. Biarlah masa yang mengubat luka hatinya dan pengalaman ini sudah cukup untuk dia hadapi cinta yang mendatang.
      BAB 3
          Mumy Hariz mengamuk bila Hariz cuba menerangkan rancangannya pada mumynya itu. Dia tidak boleh menerima bakal menantu kesayangannya itu tidak akan menjadi menantunya.
“Mumy tolonglah dengar dulu apa yang Hariz nak cakap kan ni.” Hariz cuba memujuk mumynya dari marah-marah padanya.
“Apa yang Hariz nak cakapkan lagi, mumy dah pilih yang terbaik untuk Hariz tau. Fiza tu bukan calang-calang orang, dia ada ijazah dari Harved dan dia juga dari keluarga baik-baik dan kita juga kenal mak bapak dia, dah tahu budi perketinya. Apa yang Hariz tak puas hati lagi ni.” Dengan panjang lebar Datin Maimon membebelkan anak lelakinya yang sorang tu.
“Mumy tak faham, ini soal hati dan di dalam hati Hariz dah ada orang lain yang betul-betul Hariz cintai, Hariz tak pernah mencintai Fiza. Ya, memang Fiza ada semua tu dan Hariz akui yang dia baik tapi bila bab hati ni tiada siapa yang boleh memaksa termasuk mumy sendiri. Dulu Hariz terima Fiza pun sebab mumy yang paksa dan Hariz tak pernah suka dia, hanya kerna mumy Hariz lakukannya dan Hariz harap mumy faham perasaan Hariz.” Hariz cuba berlembut dengan mumynya dan mengharapkan pengertian dari mumynya. Dia benar-benar berharap yang cintanya dengan Aina akan menjadi kenyataan dan bersatu dengan ikatan yang suci.
Lama Datin Maimon terkaku di sofa rumahnya, dia memikirkan apa yag anak lelakinya cakapkan. Tapi dalam hatinya hanya ada Fiza sebagai menantunya dan sukar baginya untuk menerima orang lain apa tah lagi orang yang dia tidak kenal dan begitu asing darinya. Tapi demi kebahagian anak lelakinya Datin Maimon relakan saja jodoh yang dipilih oleh anaknya itu.
“Ok, mumy setuju tapi mumy nak korang berkahwin secepatnya mengikut plan yang telah di rancang sebelum ini, mumy dah banyak berhabis untuk majlis perkahwinan Hariz dengan Fiza dan mumy nak ia berjalan dengan lancar walaupun pengantin perempuannya dan bertukar, Hariz faham maksud mumy kan.” Dia memberi arahan pada Hariz dengan muka yang tiada senyuman di bibir. Kalau Hariz nekad, dia pun nekad jugak.
“Terima kasih mumy, mumy memang mumy terbaiklah. Ini yang buat Hariz sayangkan mumy lagi ni. Hari ini jugak Hariz akan cakap dengan Aina.” Kegembiraan Hariz sudah tidak dapat di bendung lagi, dengan senyuman yang terukir dibibirnya sudah cukup untuk menyatakan yang dia sedang bahagia saat ini.
Dengan sepantas kilat dia mencapai kunci kereta Ferarinya dan memandu ke rumah Aina. Dia tidak sabar untuk menyampaikan khabar gembiranya itu. Dengan laju dia memandu untuk cepat-cepat sampai di hadapan rumah kekasih hatinya itu. Tapi dalam fikirannya masih di belenggu rasa was-was. Adakah Aina akan menerima lamarannya sebentar lagi, kalau Aina menolak mau malu mukanya. Mudah-mudahan Aina menerima dia sebagai suami.
 BAB 4 
Ting tong ting tong..bunyi loceng rumah Aina kedengaran lagi tapi masih tiada orang yang muncul di hadapan rumah banglo yang tersergam indah itu. Sambil menekan-nekan butang loceng rumah Aina, matanya liar memerhati keaadan sekeliling rumah itu. Siapakah sebenarnya Aina ini, mula menjadi pertanyaan dalam hatinya sebab Aina tidak pernah memberitahu siapa ibu bapanya dan bila dia berdiri dihadapan rumah Aina mulalah dia merasakan yang Aina bukan dari calang-calang keluarga juga.Tiba-tiba dia terlihat kelibat orang dari dalam rumah itu.
“Apa awak buat depan rumah saya ni Hariz?” Aina terkejut melihat Hariz di hadapan pagar rumahnya saat itu.
“Sayang! I ada khabar gembira nak bagi tau you ni tapi boleh tak kita cakap dekat tempat yang tiada orang sikit.” Hariz cuba memujuk Aina untuk berlalu dari situ dan menuju ke satu tempat yang elok untuk dia meluahkan apa yang ada dalam hatinya saat ini.
“Ok, jom kita ke taman depan tu. So you boleh lah bagi tahu I apa yang mustahaknya sangat tu sampai tak sempat-sempat I nak bukak pintu, you asyik tekan je bell pintu rumah I tu.” Dengan tersenyum Aina memerli Hariz.
Setibanya mereka di taman itu tiba-tiba Aina dikejutkan dengan pekara yang dia tidak duga. Hariz tiba-tiba merebahkan sebelah lutuknya seperti orang yang mahu melamar dan mengeluarkan sebentuk kotak cincin, dia mula rasa cemas. Apa pula yang Hariz nak buat sekarang. Nasib baik di taman itu tiada ramai orang kalau tidak tak tahu mana mahu disorokkannya mukanya yang sedang merah saat itu.
“Aina! Sudikah awak menjadi suri dalam hidup saya menerangi kehidupan saya, menjadi ibu untuk anak-anak saya dan membina mahligai indah ini bersama-sama saya untuk selama-lamanya, selagi nyawa ini panjang selama itulah saya akan mencintai dan menyayangi awak seadanya.” Dengan hati yang sedikit gementar Hafiz meluahkan pada Aina dan dia menunggu jawapan dari Aina dengan penuh sabar. Sambil mukanya tertunduk kebawah dengan penuh dengan perasaan yang cemas.
“Yes I do, I harap apa yang awak janjikan tak akan awak mungkiri.” Dengan tersenyum Aina menerima lamaran dari Hariz dan Hariz dengan rasa gembira menyarungkan cincin di jari manis gadis yang di cintainya itu.
“Thank you sayang, you telah melengkapkan hidup I dan dunia I kini semakin berseri dengan kehadiran you.” Hariz meluahkan rasa terima kasihnya pada Aina bila saja Aina menerima lamarannya tadi.
Hariz mula berbicara pada Aina tentang apa yang mumynya mahukan dan dia dengan elok berbicara dengan Aina yang dia tidak paksa kalau Aina belum bersedia, tapi apa yang keluar dari mulut Aina sangat-sangat memeranjatkan dia. Tidak dia sanggka yang Aina sudah bersedia untuk berkahwin dengannya dalam masa seminggu lagi seperti apa yang telah dirancangkan oleh mumynya dulu.
Maka bermulalah episode baru dalam hubungan mereka. Segala persiapan sudah selesai dan mereka disatukan dengan begitu gemilang dengan persalinan yang indah membaluti tubuh gebu Aina dan rambut yang ikal mayangnya itu sudah cukup untuk memukau setiap hadiran yang tanpa henti asyik melihat betapa cantiknya isteri pada Hariz Mukriz seorang usahawan Berjaya disaat ini.
BAB 5 
Setelah selesai semua upacara, Aina dan Hariz berbulan madu di tempat impian mereka berdua. Selama di atas penerbangan Hariz bahagia dengan sikap manja Aina yang selama ini dia tak pernah tunjukkan pada Hariz. Hati lelakinya mula bergelora dengan rengekkan manja dari isteri tercintanya. Dan penerbangan mereka tiba dengan selamatnya ke destinasi yang mereka tuju iaitu Jeju island di korea. Tempat yang menjadi kesukaan isterinya.
“Akhirnya sampai juga kita ke sini kan sayang.”
“Thank you abang sebab bawa sayang ke tempat yang sayang suka ni,” dengan tiba-tiba Aina mengucup pipi suaminya dan dengan pantas dia berlari dari situ.
Hariz yang terkejut dengan kelakuan isterinya sempat menarik tangan isterinya dari berlalu dari situ. Tiba-tiba Aina terjatuh dalam pelukan suaminya. Mukanya saat itu merah menyala menahan malu. Dia tahu mereka sudah sah menjadi suami isteri dan dia sudah halal menjadi milik suaminya dan dia harus melayan suaminya, itulah tanggunjawabnya sebagai isteri.
“Kemana  you nak lari ni sayang, hai tadi bukan main lagi you ya. Siap cium pipi lagi takkan sekarang dah malu pulak.” Hariz cuba mengusik isterinya yang dah merah padam muka menahan malu.
“Alah, abang ni janganlah usik Aina pulak. Tadi secara sepontan je tu.” Aina cuba menjelaskan kelakuannya tadi.
“Oh.. jadi Aina tak nak cium abang lah ya?” Hariz menyerkap jarang isterinya.
“Bukan macam tu, tapi tunggu la malam ni bukannya siang-siang hari begini. Aina malulah, ni pertama kali untuk Aina bersendirian dengan lelaki dan jauh dari keluarga pulak tu.” Dia cuba untuk tidak membuat suaminya terguris.
“Baiklah, abang faham maksud sayang tu. Abang pun pertama kali jugak bersendirian dengan perempuan ni.” Meledak ketawanya bila menerangkan pada isterinya dia pun sama situasi dengan isterinya.
Maka kehidupan mereka pun di bajai mesra dengan penuh kasih sayang dan betapa asyiknya dunia mereka layari berdua hingga sesiapa yang melihat akan merasa cemburu.
Malam itu malam yang penuh dengan bunga-bunga cinta, buat pertama kalinya mereka bersatu sebagai suami isteri. Betapa indahnya saat itu hanya mereka berdua yang mengetahui. Di belai manja oleh suami tercinta dan rengekkan manja si isteri sudah cukup untuk tidak melepaskan pelukan si isteri dan saat-saat manis malam tadi sempat terbayang-bayang di ruang legar mindanya saat itu. Betapa indah dunianya dan ingin saja dia kucup-kucuk bibir munggil isterinya yang ada dalam pelukannya. Tapi dia kesian melihat isterinya yang tidur keletihan. Dia menahan rasa di hatinya, biarlah isterinya berehat untuk hari ini dan malam nanti masih ada untuk mereka berdua.
Keesokan harinya mereka bersiap-siap untuk bersiar-siar di sekitar tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Jeju ini. Pulau romantic yang menjadi idaman setiap gadis termasuk isterinya. Setelah selesai shoping apa yang patut mereka kembali ke hotel kerana hari sudah malam dan mereka harus bersiap sedia untuk diner malam ini yang telah di aturkan oleh pihak hotel sebagai pakej istimewa untuk pasangan bulan madu seperti mereka.
“Abang! Cepat la. Aina dah siap ni, hai.. abang ni bersiap mengalahkan orang perempuan tau, Aina siap tak lama macam abang.” Aina memarahi suaminya yang mengambil masa terlalu lama darinya, sedangkan perutnya sudah mula bekerongcong menahan lapar.
“Ya.. ya.. abang dah siap ni, hai sabar sejap pun tak boleh ka.” Cuba untuk memujuk isterinya yang dah muncung aje tu.
“Sekejap abang kata, dah dekat sejam tau Aina tunggu abang bersiap. Itu yang abang kata sekejap.” Aina sedikit terkilan dengan kenyataan suaminya itu.
“Ok.. ok.. Maafkan abang ya, jom kita pergi diner ya sayang. Dah.. dah. Tak nak buat muka seposen tu lagi ok.. malam nanti abang bagi hadiah istimewa untuk Aina kesayangan abang ni ya.” Hariz mengusik isterinya dengan mencuit-cuit di pinggang isterinya yang sudah kegelian itu.
Malam itu bersaksikan bintang dan bulan mereka diner dengan begitu asyik sekali, Aina terus melupakan marahnya sebentar tadi. Dengan asyiknya dia menjamu selera sekali sekala dia sempat melihat wajah gembira suaminya dengan senyuman  yang nakal itu.
Setelah dua minggu mereka berada di Jeju akhirnya kembalilah mereka ke bumi Malaysia. Kembalinya mereka disambut oleh kedua-dua belah keluarga dengan gembira sekali. Macam-macam soalan yang di tanya padanya sampai dia tak sempat nak menerangkan duduk pekara pada kedua-dua keluarganya.

BAB 6
 Setelah mereka habis cuti bermulalah tugas mereka yang menanti di pejabat dengan longgokkan fail yang bertimbun-timbun sedang menanti Hariz dan Aina. Kini kehidupan mereka sebagai sepasang suami isteri telah bermula dan kehidupan mereka kini hanya ada mereka di rumah baru mereka yang dihadiahi dari bapa Hariz Datuk Kamarudin. Kini itulah dunia mereka berdua dan mungkin akan hadir orang baru siapa yang tahu kan.
Malam pertama di rumah baru mereka..
“Abang…!”
“Ya sayang.”
“Emm.. malam ni abang nak makan apa? Aina nak masak untuk abang ni.”
“Apa yang abang nak makan ya? Emm, abang nak makan Aina lah boleh tak.” Hariz mengusik isterinya.
“Alah.. abang ni orang tanya betul-betul dia main-mainkan kita pulak. Nanti abang tidur seorang baru abang tau.” Aina pulak cuba mengusik suaminya sambil mukanya dah nak meledak dengan ketawa menahan saja dari tadi.
“Janganlah..janganlah.. alah.. Sayang tak kesiankan abang ka, kalau abang tidur sorang-sorang nanti abang sejuk, abang nak peluk siapa. Sampai hati Aina nak bagi abang kesejukan.” Dengan nada merajuk dia cuba menjerat hati isterinya pula.
“Biarlah, Aina lagi suka. Aina lagi seronok dapat tidur sorang-sorang atas katil yang besar tu.” Aina pulak cuba bermain-main dengan Hariz.
“Oh.. sampai hati Aina ya, Aina tak rindukan belaian abang ka? Pelukan abang? Ciuman abang? Dakapan abang yang gagah ni, tak rindu ka. Tengok.. tengok ni gagah tak abang.” Dengan gaya macam orang bina badan Hariz cuba mengayakan depan isterinya, kekanan dan kekiri dia berposing. Tapi akhirnya kedua-dua mereka ketawa sampai sakit perut-perut dengan kelakuan mereka sendiri.
Pagi itu disaat suaminya masih enak lena Aina cuba untuk melepaskan rangkulan kemas dari suaminya. Dia cuba untuk bagun perlahan-lahan tapi di sedari oleh suaminya. Dengan pantas suaminya menarik dia dan dia jatuh semula dalam pelukan suaminya.
“Kemana Aina nak pergi pagi-pagi ni,temankanlah abang sebentar ja lagi."
"Aina nak mandi ni, abang tidur lah ya."
"Abang nak join sekali boleh tak?" dengan senyuman yang nakal Hariz cuba mengoda Aina.
"Ehh.. tak nak lah, eee abang ni tak malu tau, mandilah sendiri." Aina tertunduk malu, merah padam mukanya kerana Hariz.
"Alah.. Abang nak jugak, dah jagi isteri abang pun nak malu lagi. Bukannya abang tak pernah tengok Aina berpakaian, semua abang dah tengok so nak malu apanya lagi ni sayang." Cuba memujuk isteri tersayangnya kut-kut ajakannya berbalas.
"Memanglah Aina dah jadi isteri abang tapi Aina tetap malu jugak. Kalau abang berani mari la cuba kejar Aina." dengan sepantas kilat Aina berlari ke arah bilik air dan terus mengunci dari dalam sedangkan Hariz di luar bilik sudah mengetuk-getuk berkali-kali agar dibuka pintu bilik air itu. Akhirnya Hariz mengalah jugak.
Pagi itu adalah hari cuti mereka berdua dan mereka bercadang nak melawat kedua-dua belah keluarga mereka. Setelah lama bercuti dan kembali semula ke Malaysia masih tiada kesempatan untuk mereka semua bertemu, sudah dekat sebulan dan hari ini lah kesempatan itu ada. Hariz dan Aina dah bersiap-siap dan masing-masing telah masuk ke dalam perut kereta dan Hariz memandu lancar ke destinasi yang dituju mereka.
Sesampai mereka di rumah keluarga Hariz masing-masing terkejut kerana tanpa disangka-sangka keluarga Aina juga ada disitu. Apa lagi, bertambah meriahlah jadinya suasana saat itu. Selesai semua makan tengahari masing-masing bawa haluan sendiri. Hariz dan Aina berjalan beriringan ke taman di halaman rumah itu dan duduk di kerusi yang sedia ada disitu. Sedang asyik mereka berdua bersembang tiba-tiba Aina merasa sangat berdenjut dikepalanya dan bagaikan mahu pitam, baru saja dia nak memyebut nama Hariz Aina tiba-tiba pengsan di bahu Hariz. Hariz yang panik menjerit-jerit memanggil ahli keluarga yang lain.
Dengan wajah yang ceria dan gembira Hariz tidak dapat membendung tangisan gembira dia saat itu bila di khabarkan oleh Dokter yang merawat isterinya bahawa isterinya telah hamil tiga minggu. Itu bermakna dia dan Aina akan bakal menjadi ibu dan ayah. Berita gembira itu telah membawa sinar baru kedalam kedua-dua keluarga mereka.

 BAB 7
Aina telah pun dibenarkan keluar dari wad dan kembali ke rumah dengan selamatnya, dia juga gembira dengan berita gembira itu. Lagi beberapa bulan dia akan menjadi seorang ibu pada anak yang comel.
 Hari berganti hari dan masa berlalu dengan pantas kini usia kandungan Aina telah mencecah tujuh bulan lagi dua bulan akan lahirlah bayi yang di impi-impikan oleh semua keluarga mereka..Tangisan si kecil dah terbayang-bayang di ruang minda Aina kini.
"Abang! Aina harap abang bahagia."
"Abang pun harap Aina bahagia juga dan bakal anak kita yang akan lahir nanti, kita jaga dengan penuh kasih sayang kita berdua."
"Ya abang, Aina pun harap dia akan menjadi kebanggaan kita." Sambil bercakap-cakap dengan suaminya aina bagun lalu ingin menuju ke dapur ingin mengambil minuman sebab dia merasa dahaga.
"Eh, Aina nak kemana tu?"
"Nak ambil minuman sekejap abang, nanti Aina datang balik ya." Sedang dia cuba melangkah menuruni anak-anak tangga tiba-tiba kakinya tergelincir kerana terpijak plastik bag yang berada di salah satu anak tangga itu dengan tidak semenanya Aina tidak berjaya mengimbangi badannya dan akhirnya dia jatuh tergolek dari atas anak tangga hingga ke bawah. 
Jeritannya mengejutkan Hariz yang asyik menunggu isterinya kembali dari dapur. Dengan kalut dia berlari-lari keluar dari biliknya. Dengan mulut terngaga berlari turun Hariz ke bawah mendapatkan isterinya yang sudah tidak bergerak lagi dan darah sudah mengalir keluar dari celah-celah kangkang kaki isterinya. Hariz segera mengankat isterinya dan membawa ke kereta dan terus memandu ke hospital.
Setelah semua keluarga berkumpul di hospital dan menunggu Aina yang masih dalam bilik kecemasan tiba-tiba Dokter keluar mendapatkan Hariz.
"Encik Hariz! saya harap Encik Hariz bersabar dan menerima berita ini dengan tabah." 
"Ada apa Dokter, bagaimana dengan anak dan isteri saya? Bagaimana keadaan mereka?" Cemas Hariz bertanya pada Dokter dan dia tidak dapat lagi untuk mengawal emosinya saat itu.
"Maafkan saya kerana puan Aina dan anak Encik Hariz tidak dapat diselamatkan, keadaan Puan Aina semasa dia jatuh juga penyebab anak di dalam perut tidak dapat diselamatkan, bayi Encik Hariz telah tidak bernyawa setibanya di hospital dan Puan Aina pula terlalu banyak kehilangan darah dan pendarahan yang dialami juga menyebabkan kedua-dua mereka tidak dapat diselamatkan, keadaan Puan Aina sangat kritikal semasa di bawa kesini. Saya harap Encik Hariz bersabar, maafkan saya." panjang lebar Dokter menerangkan pada Hariz.
"Tidak!!!!!!
Semua ahli keluarga terkejut dengan jeritan Hariz dan berlari mendapatkannya. Masing-masing masih tidak mengerti apa yang telah berlaku sampai Hariz menjerit seperti itu.
"Kenapa Hariz?" maknya cuba bertanya sambil mengosok-gosok belakang anaknya itu.
"Ya Hariz, cuba bagi tau apa yang terjadi ni. Macam mana dengan Aina dan anak kamu?" Emak mertuanya pula cuba bertanya. Tapi Hariz tetap diam membisu sambil menangis teresak-esak.
"Mak! Ayah! Mumy! Dady!.. Aina dan anak kami telah tiada di dunia ini. Mereka telah meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya. Mak!!! Aina, mak... Aina dah tak tiada.." dengan tersedu sedan dia mengkhabarkan berita yang dia sendiri amat-amat sakit untuk menerima.
"Apa? Apa yang kau cakapkan ni Hariz mak tak mengerti?" mak Aina masih tidak dapat menerima berita itu.
"Ya mak, Aina dah tiada begitu juga anak kami. Dokter tak dapat nak menyelamat kan mereka berdua. Mak maafkan Hariz mak." Hariz memeluk ibu mertuanya dengan tangisan yang tidak henti-henti.
Berita itu mengejutkan semua orang, sedang mereka bahagia menanti kalahiran orang baru dalam keluarga mereka berita ini meragut kegembiraan mereka semua dan Hariz adalah orang yang paling terpukul dengan berita itu. Setelah urusan jenazah telah selesai dan arwah Aina dan anaknya selamat di kebumikan semua kembali ke rumah keluarga Hariz. Malam itu di adakan tahlil dan semua berdoa untuk arwah dan anaknya. Hariz terkaku di satu sudut tidak begerak, dia tidak dapat menerima yang isterinya tiada lagi disinya kini. Segala kebahagian yang diimpikan mereka berdua hancur dan hilang selamanya. Kini hanya Hariz sendirian tanpa Aina disisi untuk menemani perjalanan yang masih jauh untuknya.
Kini dia hanya hidup bebekalkan kenangan arwah Aina bersamanya dulu, belum dapat dilupakan rengekkan manja isterinya itu saat mereka berbulan madu di awal perkahwinan mereka dulu dan kini rengekkan manja dan suara manja Aina telah tiada. Dia tidak pasti bagaimana dia akan meneruskan kehidupan tanpa Aina. Hidupnya kelam sejak Aina pergi kini hanya pusara Aina yang sering dikunjungi olehnya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...