~ PARA PECINTA ~

Sunday, 1 January 2012

CINTA PERTAMA DAN CINTA MONYET..

sekadar gambar hiasan
Tahun baru membawa banyak erti pada setiap pasangan..Tak kira yang bahagia atau tidak..Setiap orang inginkan kebahagiaan dan kebahagian selalunya sukar untuk dimiliki..Kasih sayang antara manusia juga sukar ditafsirkan.. Dalam cinta selalu akan ada yang terluka baik lelaki atau wanita.. Bagi wanita cinta pertama sukar dilupakan dan bagaimana dengan lelaki???? Hemmm mesti tidakkan, atau lelaki cepat mencari pengganti untuk diri mereka...Janji-janji yang diucap waktu bersama hilang entah kemana... Entry kali ini berkisar tentang CINTA PERTAMA dan apa kesannya pada anda..

Cinta pertama adalah pertama kali kita jatuh cinta dalam hidup kita, pertama kali merasakan diri disayangi dan dicintai... Perasaan itu amat seronok dan setiap gadis pasti pernah merasakannya dan jauh dalam lubuk hati korang pasti merindui saat-saat cinta pertama.. Bohonglah kalau ada sesiapa yang tak pernah merasai penggalaman cinta pertama.. Selalunya kebanyakan dari kita mesti penggalaman cinta pertama sewaktu sekolah..ye tak???? Mestilakan...Tapi jangan salah sebab cinta dizaman sekolah itu dipanggil cinta monyet dan cinta pertama ini adalah cinta dimana pasangan itu serius dalam erti kata lain cinta yang matang.. Yang mana cinta ini sudah faham maksud cinta tesebut dan cinta monyet, cinta yang tak serius dan banyak main-main dan tak kekal hingga akhirnya..memang ada yang kekal sampai gerbang perkahwinan tapi dalam sejuta hanya ada satu sahaja dan yang lain hanyalah main-main saja...

Cinta monyet ini selalunya cinta yang tidak tetap, banyak berubah-rubah dan suka pada si A kemudian suka pada si B pulak dan selalunya pendiriannya dalam cinta tidak tetap dan hatinya cepat jemu dengan pasangan bila tengok je lelaki or wanita lain dia berkenan dan terpikat...sebab itu cinta monyet ini tak boleh dikira cinta pertama..dunia cinta monyet selalunya penuh dengan cinta dan bila pendirian seseorang itu tidak tetap dia tidak boleh membuat pilihan siapa yang dia benar-benar suka dan cintai..baginya kedua-dua dia suka haaaa macam mana tu hehehe...itu lah cinta monyet cinta zaman sekolah..

Berlainan pulak dengan cinta pertama yang sebenarnya.. Cinta ini bila kita jumpa seseorang yang kita suka hati akan berdetik dan berdegup dengan kencang.. Bila berdekatan dengannya rasa serba tidak kena dan akal selalu berfikir tentang dia..Bila tidak melihat dia rasa hati ini semacam saja dan cinta pertama sukar dilupakan...Sebab itulah bila cinta terputus ditengah jalan seseorang itu sukar melupakan cinta ini, baginya keputusan ini tidak adil.. Dan mulailah diri mempersoalkan, mengapa cintanya begini begitu...salah satu sebab mungkin bukan jodoh dan kita harus menerima ketentuan ilahi bahawa mungkin itu bukan jodoh kita yang sebenar...Setiap manusia di dunia ini sudah di jodohkan oleh ALLAH yang MAHA ESA dan kita sebagai umatnya terima dengan redha.. memanag kita digalakkan berusaha tapi dalam berusaha itu harus terima seadanya andai jodoh tak panjang siapalah kita nak melawan takdir..tapi cinta pertama memang indah, kerana pada masa itulah hati benar-benar merasakan kehadiran seseorang dalam hidup kita dan kita pun ingin berkongsi suka duka bersama dia..andai cinta pertama dapat bersama hingga ke akhirnya..itu adalah satu anugerah buat pasangan...cinta hadir tanpa dipaksa cinta pergi tanpa di duga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...