~ PARA PECINTA ~

Friday, 13 January 2012

JANGAN AMBIL HAK ORANG

sekadar gambar hiasan
Antara aku dia dan kamu..mengapa harus ada perbedaan yang ketara..Kita semua saling jatuh cinta, tapi pernahkan cinta kita itu jatuh di tempat yang benar.. Mengapa harus jatuh cinta pada orang yang salah?? Mengapa harus jatuh cinta pada orang yang tak mengcintai kita dan mengapa jatuh cinta dengan hak orang??? Ya, mengapa..ada tak jawapannya, kalau ada tentu tahu apa yang diperlukan oleh hati nurani mu..

Siapa yang tak mahu jatuh cinta dan siapa yang mahu jatuh cinta pada orang yang salah..Tapi kalau semua itu takdir, bagaimana harus dilakukan?? Memang kita tak boleh melawan takdir tapi kita boleh cuba untuk mengelak dari terjadinya luka yang dalam disetiap hati yang bercinta.. Kekadang, sikap seseorang pada kita akan membuat kita rasa diri ini di sayangi dan rasa diri ini dicintai..Tapi pernahkah terfikir oleh akal fikiran yang sikap ambil perhatiannya itu ada niat yang tersembunyi atau tidak...Tak salah kalau kita berhati2 dalam setiap perhubungan dan sikap sambil lewa hanya akan mengundang padah sahaja..

Tak salah jatuh cinta tapi yang salah bila jatuh cinta dengan milik orang.. Mengapa harus dipilih hak orang? Mengapa hak orang jugak yang kau mahu dah tiada lelaki atau wanita lain kah didalam dunia ini dan hak orang jugak yang kau mahu...Itu salah satu cinta yang tak harus dimiliki.. Memang perasaan tak dapat dikawal bila kita jatuh cinta..Tapi fikirkanlah hati dan perasaan orang yang kau rampas cintanya.. Bagaimana terlukanya dia bila kamu merampas hak dia dan tidakkah kamu takut suatu hari nanti cinta kamu itu pula yang dirampas oleh orang lain..Apa yang kita lakukan didunia ini ada balasannya.. Ia bagaikan satu karma yang berputar2 bagaikan tiada penghujungnya..setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan..Ingatlah bila kita mengambil hak orang tak mustahil hak yang kita ambil itu akan diambil pula..

Sekali terjebak dengan cinta yang begini sukar untuk dilepaskan...Andai si lelaki itu sudah punya anak dan isteri, ingatlah dan cuba bayangkan wajah2 polos anak2mu..Tidakkah kau merasa kasihan pada wajah2 yang naif itu..Bagaimana dengan masa depan mereka bila hidup dalam keluarga yang bercerai berai..Andai kau jatuh cinta sekali pun, itu hanya nafsu yang sementara sahaja.. Godaan kecantikan itu yang membuat hati nurani lelaki lupa pada keluarga dan cubalah melawan godaan itu.. Cuba ingat kembali saat2 bahagia kau dan pasanganmu dulu.. Mengapa dulu kau jatuh cinta dengan isterimu dan apa kelebihan dan kebaikan dia yang membuatkan kau cintanya..Adakah semua itu sudah hilang dan rasa2 cinta itu sudah tiada lagi..hanya hati mu yang bisa menjawabnya..

Si gadis pula, mengapa harus terlibat dengan lelaki yang bukan hak mu.. Andai sedari awalnya kau tidak mengetahui dia adalah suami atau tunangan orang mungkin itu boleh dimaafkan.. Tetapi kalau dah mengetahui dan masih meneruskan itu adalah sangat tidak wajar.. Melukakan hati wanita lain seperti melukakan dirimu sendiri.. Apa perasaan kamu andai kamu di tempat orang yang kamu rampas haknya.. Tentu sakit kan dan tentu kamu pun rasa pedih dan terlukanya hati mu bila orang yang kamu sayang dan cintai menduakan mu dan punya wanita lain di belakangmu...Andai kamu pun rasa apa yang wanita tadi rasa tentu kamu akan fikir berkali2 utuk melepaskan hubungan yang mustahil itu... Masih banyak lelali dan wanita yang masih solo atau yang baik2 diluar sana..mengapa harus terjerbak dengan cinta yang begini..

Memang tak salah lelaki mempunyai isteri lebih dari satu.. Tapi sanggupkah kamu bermadu dan semestinya wanita yang kau rampas haknya tak mahu bermadu.. Siapa yang di dunia ini mahu berkongsi kasih dengan wanita lain, tiada seorang pun.. Andai ada tak banyak dan mungkin hati merelakan tanpa ikhlas.. Bila terjadinya kejadian seperti ini adakah silelaki dapat berlaku adil dan bila keadilan tidak dapat dilakukan maka terjadinya perceraian.. Mengapa harus terjadi semua ini, mengapa???? Andai kamu ada jawapannya kamu akan mengerti hati dan perasaan wanita yg kau sakita itu kamu tak akan sesekali jatuh cinta pada lelaki atau wanita yang salah..

Cinta adalah sesuatu yang suci dan tulus..semailah cintamu dengan orang yang benar dan jagailah hati dan perasaan kaum sejenismu agar suatu hari hati dan perasaanmu pun dijagai begitu..Andai terlanjur mencintai orang yang salah lebih baik berundur diri dari terlibat lebih jauh dan melukai pasanganmu dengan lebih dalam lagi...Cintailah dia kerna dia berhak dicintai kamu dan jauh'hilah dia kerna dia bukan milikmu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...