~ PARA PECINTA ~

Wednesday, 22 February 2012

KAWAN MAKAN KAWAN

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Pernahkah terjadi pada anda mencintai kekasih sahabat anda sendiri..hemmm topik kita pada kali ini adalah jatuh cinta pada kekasih sahabat baik kita.... Mengapa dan apa yang membuatkan kita suka pada kekasih sahabat kita...tentu ada sebab2nya kan..kalau anda rasa ingin berkongsi dengan cintamama silakan dan cintamama alu2kan komen dan luahan anda disini..

Pekara ini tak pernah la terjadi pada  cintamama tapi tak tahu la pada anda di luar sana kan..bayangkan kita boleh terjatuh cinta dengan kekasih kawan kita sendiri..cintamama nak tanya sanggupkah korang menikam belakang kawan anda sendiri hanya kerana seorang lelaki @ perempuan... Sanggupkah musnahkan persahabatan yang telah lama terbina hanya kerna sebuah cinta yang belum mungkin akan menjadi realiti dan sanggupkah kamu untuk menatap wajah sahabat kamu setelah apa yang telah kamu lakukan di belakangnya..Cuba fikir dan renung2kanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk persahabatan yang telah lama terjalin..

Cinta boleh dicari tapi sahabat sejati yang sanggup bersusah senang dan sentiasa ada disisi sukar untuk didapati lagi...sekarang banyak sahabat yang hanya ada bila kita dalam kesenangan dan bila dalam kesusahan semua menghilang...Begitu juga cinta, cinta yang kita dapat dengan mengrampas dari hak orang lain tak akan kekal lama... Sebabnya satu hari cinta kita itu akan dirampas oleh orang lain pula...Setiap apa yang terjadi dimuka bumi ini ada balasannya dan setiap kejadian ada hikmahnya..maka berfikir dengan akal dan jangan berfikir dengan membuta tuli...renung2kanlah...komen dan storylah kalau anda ada pengalaman atau ingin kongsi2kan cinta anda..cintamama alu2kan...moga anda terhibur dan senang dengan penulisan cintamama yang tek seberapa ini..Sampai jumpa lagi di entry yg akan datang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...