~ PARA PECINTA ~

Tuesday, 6 December 2011

PELANGI CINTAKU


Pelangi yang datang bersama hujan
Membuat aku terpanar
Dengan keindahan tujuh warnanya
Lantas hati bertasbih akan kebesaranNya
Aku sentiasa menanti
Akan kehadiran sang pelangi
Kerana melaluinya aku mengetahui
Kamu juga turut menyukai
Namun,sejak dirimu aku kenali
Banyak yang aku pelajari
Dalam diam aku mengagumi
Dirimu yang bertakhta di hati
Cantiknya awan di langit yang membiru
Umpama rinduku yang selalu terbuku
Indahnya matahari di waktu senja
Menjadi pengubat jiwaku yang lara
Bersinarnya bintang di waktu malam
Seperti kasihku yang takkan pernah padam
Tapi aku masih menanti si pelangi
Yang amat sukar nak kutemui
Setelah kamu ku kenali
Aku semakin mengerti
Walau cantiknya si pelangi
Tujuh warnanya yang sentiasa berseri
Namun baguku kamu lebih mengatasi
Dari segala-galanya di dunia ini
Sekarang aku fahami
Tak perlu lagi aku terus menanti
Pelangi di langit akan muncul dan hilang
Datang dan pergi seperti sang hujan
Tapi kamu akan kekal di sini
Terpahat jauh di sudut hati
Biarpun kamu tiada kini
Bagiku kamulah yang akan abadi
Buat selama-lamanya
Kerana kamulah pelangi cintaku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...