~ PARA PECINTA ~

Sunday, 31 July 2011

CINTA SEJATI....

Pengalaman hidup sering mengajar kita erti kehidupan yg sebenar, betapa susah payahnya pengalaman seseorang itu utk dilalui dan ditempuhi dgn hati yg tenang, begitu juga aku...menempuhi semua yg terjadi dgn hati yg terbuka, biar apa yg terjadi aku harus tabah menghadapinya... aku tahu sukar mencari cinta yg benar2 sejati di zaman ini...

Kata2 manis yg diucapkan bagaikan mimpi2 indah tapi...hakikarnya amat memedihkan bila kata2 indah itu bertukar menjadi racun yg memakan setiap pelusuk hati ini...kini musnah sudah semuanya dan hati ini sudah hancur dan luluh kerana bicaramu yg tidak pernah memahami hati dan perasaan ini... walau hati masih sayang padamu tapi semuanya hanya tinggal kenangan... ku tak tahu itu kenangan terindah atau mimpi ngeri bagiku... tapi, aku sedar bahawa aku pernah mencintaimu suatu masa dahulu dan kini kau hanya sejarah lalu yg ingin aku lupakan dari ruang hati dan kamus hidupku selamamnya...

Pengalaman ini menjadikan aku lebih dewasa dlm erti cinta... andai hati ini jatuh cinta sekali lagi, aku berharap biarlah ianya cinta sejatiku... kerana setiap percintaan ada suka dan dukanya, jangan serik untuk jatuh cinta dan jangan takut untuk terluka... kerana ia mengajar kita menjadi insan yg lebih tabah dlm mengharungi hidup ini dan ia mengajar kita menjadi lebih dewasa... dewasa dlm cinta dan dewasa dlm menjalani hidup yg penuh dgn dugaan ini...

Cinta itu sesuatu yg indah dan tak dapat di gambarkan dgn kata2 hanya insan yg pernah mengalaminya saja yg tahu nikmatnya cinta itu...cinta itu lebih bermakna bila cinta itu adalah cinta yg suci yg tiada dinodai dgn kekotoran oleh si pencinta itu sendiri kerana hubungan yg suci itu adalah simbolik pada cinta yg agong dan semua berhak mencari cinta sejati... kerana cinta ada di setiap dlm diri kita, betapa sukar sekali pun mengharungi cinta biarlah ianya cinta yg direstui dan hanya cinta yg direstui saja akan lebih bermakna bagi kita... cinta itu indah seindah taman yg diliputi bunga2 yg mekar di hati....

BILA CINTA TAK LAGI BERSATU...

Apa yg dicari pada cinta kalau cinta hanya menyakitkan hati... Apa yg kau mahu pada sayang kalau kau x tahu apa maknanya sayang.. Apa maknanya hubungan itu kalau hati sudah tiada cinta dan lebih baik diakhirinya saja dari hati masing2 lebih terluka dgn lebih dalam... Terlalu lama kita menyulam kasih tanpa memikirkan apa yg bakal terjadi dgn hubungan itu jika kasih itu terjalin dgn begitu lama.. Tentu terjadinya perpisahan bila hati tiada lagi rasa kasih dan hati tiada sedikit pun cinta yg tinggal utk di belai bersama2.... Kemusnahan cinta antara kita mula dirasa bila kau tiada lagi menjemputku seperti selalu... Tiada lagi panggilan2 manja di telefon mu.. Tiada lagi gurau sendamu dgnku dan aku mulai terasa kau sudah byk berubah.. Semuanya kini tiada lagi dapat ku gambarkan dgn kata2..Hati ini sedikit terusik dgn perlakuanmu yg membuang aku secara perlahan2 dari hatimu... Aku tahu cinta tidak semestinya bersatu dan kasih sayang ini tak selamanya diatas dan adakalanya ianya akan jatuh ke bawah... Kesucian cinta itu tidak selalunya jernih dan adakalanya  ia penuh dgn kekotoran debu yg x bisa dibersihkan dgn air mata cinta sekali pun... Kini hanya padaNYA aku memohon agar di berikan hati yg kuat dan tabah agar dapat ku teruskan perjalanan hidupku ini dgn penuh tabah... Sesungguhnya cinta sungguh sukar ditafsirkan dgn kata2 dan hanya dgn pengalaman saja kita akan lebih matang dlm percintaan itu...Sekali terluka bukan selamanya terluka dan sekali jatuh cinta akan terus mencintai selagi masih ada rasa cinta dalam hati ini... Kerana cinta itu indah................

Saturday, 30 July 2011

ADAKAH INI CINTA...

Bila rindu kian datang menghampiri diri ini, hati tidak dapat menepis kedatangannya yang bagaikan kilat... Kadang2 ia datang tanpa kita sedari kehadirannya, tiba2 saja tercuit dihati rasa rindu pada seseorang... Bila kedatangannya disambut dgn mesra dan penuh kasih sayang maka kekuatan cinta menjadi lebih indah.. Hati ini tak akan menduga apa yg bermain di fikirannya dan apa yg ada di hati ini, apa sebenarnya yg hati mahu utk diri ini..Aku juga sukar utk menyatakan yg aku mahu apa yg kau mahukan..Keliru dgn kehendak sendiri, apa saja yg ku lihat hati pun mahu tapi semuanya hanya bersifat sementara... Adakah ini dinamakan cinta sementara, cinta yg belum lagi menemui apa itu cinta sejati.. Cinta yg sebenar2nya adalah cinta yg dapat membuat hati berdegup kencang, siang mlm hanya ingat dia, hati berdebar2 bila melihat atau mendengar namanya dan dimana2 saja berada bayangan dia yg selalu bermain di fikiran dan selalu nampak dia dimana2 saja... Ini lah dinamakan cinta, rasanya ku belum menemui cinta yg sebenar2nya.. Akan ku tunggu dgn sabar agar suatu masa nanti aku akan bertemu dgn cinta sejati ku dan aku ingin merasakan nikmatnya cinta yg sedemikian..Cinta yg membuat hati berdebar2 bila kau disisiku, bila kau membelai rambutku dgn penuh kasih, bila kau menggengam erat jari jemariku dgn penuh rasa cinta dan ku tahu yg kau pun rasa apa yg ku rasa... Cinta ini akhirnya menjadi milik ku..Cinta yg ku inginkan.....

Wednesday, 27 July 2011

TAKDIR YG MEMISAHKAN KITA

"Hai siapa nama, boleh berkenalan..awak cantiklah"....Inilah ayat yang tak dapat aku lupakan bila kau mula2 memikat aku... Dengan senyumanmu kau cuba menambat hati ini, berkali2 kau melakukannya dan berkali2 juga aku buat tak tahu dengan perlakuanmu...Tapi kau tidak berputus asa dan sedikit demi sedikit hati ini mulai menyukaimu..Kau gembira bila aku mengatakan padamu "Sayang I LOVE U TO"......

Disaat itu kau melompat kegirangan bila aku menyebut ayat keramat itu... Aku sedar bahawa kau benar2 sayangkan aku..Aku bahagia bila bersamamu dan kegembiraan kita berlanjutan dengan ikatan pertunangan.. Aku merasakan bahawa akulah insan di dunia ini yg paling bahagia dan kebahagian itu akhirnya membawa kita ke alam perkahwinan... Betapa meriahnya majlis kita dengan kehadiran sahabat handai dan kaum keluarga kita.. Akhirnya kita telah bersatu dan bersama selama2nya..

Saat2 manis kita bersama semasa kita berbulan madu di kota Paris membuatkan aku lebih bahagia... Mana tidaknya, inilah kota percintaan.. Kota untuk insan memadu kasih seperti kita, aku amat2 gembira dengan percutian bulan madu ini... Kau melengkapkan kehidupanku, aku bahagia menjadi surimu dan akan ku lakukan tanggungjawab ku sebagai ieterimu dan aku mahu kau juga bahagia..Kerana aku tahu perjalanan hidup kita masih jauh lagi...

Kini....semua itu hanya tinggal kenangan dan tak dapat ku ulangi masa2 lalu kita...Kau pergi meninggalkan aku buat selamanya. Saat2 aku berbahagia denganmu tiba2 aku dikejutkan dengan penyakitmu yang selama ini kau rahsiakan dariku... Aku amat marah diketika itu, kenapa kau bohongi aku, aku tak akan sekali2 meninggalkan mu.. Akan ku jagai mu sepenuh jiwa raga ini, hati ini hanya untuk mu dan selamanya hanya untuk mu...

Kini ...walau aku bersendirian tanpa mu disisi aku sudah cukup bahagia kerana kau memberiku satu nyawa yang kini akan kujagai dia dengan nyawaku sendiri... Aku sedar kini yang kau tak sekali2 meninggalkan aku kerana kau masih menemani diriku iaitu anak dalam rahimki ini... Aku bahagia bila mengenangkan yang  akhirnya aku tak keseorangan lagi... Anak ini sudah cukup untuk memberikan aku kekuatan untuk teruskan hidup tanpa mu disisiku..Akan ku didik ia agar menjadi insan yang berguna satu hari nanti.. Aku sudah cukup bersyukur dengan rahmat yang ALLAH berikan ini... Sayangku..selamanya aku mencintaimu sungguh pun kau pergi dulu dariku hanya kau yang aku cintai dan tiada sesiapa yang dapat menganti tempatmu dihatiku....Kau tetap di hati ini...I LOVE U FOREVER AND EVER....

PERPISAHAN TANPA RELA

Mengapa kau pergi setelah kau memberi harapan padaku..Mengapa kau ucapkan perpisahan bila hatimu dan hatiku saling mencintai..Tidak sayangkah kau dengan hubungan ini, hanya satu masalah kau terus membuangku dari ruang hatimu...Aku bahagia bila bersama denganmu, kau memberi sinar dalam kehidupanku yang malap dan dikala aku murung kau memujuk aku dengan penuh kasih sayang... Aku tahu masih ada sinar cintamu untukku, aku tak tahu harus bagaimana lagi untukku katakan padamu yang aku benar2 sayang padamu.. Hanya kerana tentangan dari orang tua kita kau sanggup melepaskan aku dan meninggalkan aku keseorangan setelah hatiku ini kau curi.. Tidak sekali pun terlintas di hati ini yang kita akan perpisah dengan cara begini.. Bagiku kaulah nyawaku dan kaulah penyeri kehidupanku yang selama ini kucari2 .. Andai kau ingin juga memutuskan hubungan kita, aku rela dan redha dengan segala yang kau lakukan, aku akan tunaikan permintaan mu itu dan aku akan cuba untuk melupakanmu walaupun hati ini sukar untuk melakukannya.. Bagiku andai kau bahagia aku juga turut bahagia dan biarlah selepas ini kita mengikuti haluan hidup kita masing2 dan walaupun aku masih sayang dan cinta padamu akan ku padamkan perlahan dari ruang hati ini agar aku bisa bahagia lagi...Aku harap kau gembira dengan perpisahan ini walaupun ia perpisahan tanpa rela...Cukuplah dengan kebahagiaan yang telah kau berikan padaku selama ini dan dengan kebahagian itu aku akan teruskan perjalanan hidupku ini..Selamat tinggal sayang dan aku doakan kau juga begitu..Aku yang masih mencintaimu selamanya...

Saturday, 23 July 2011

AKU BUKAN UNTUKMU..

mengapa kau bukan untukku dan mengapa aku bukan untukmu... di mana kekurangan diri ini di matamu, andai aku tidak cukup bagus untuk mu akan ku perbaiki diri ini... sakit hati ini bila kau menolak aku, menolak cinta yang aku berikan.. kau tak mengerti apa yang ada dalam hati ini hanyalah kamu saja... dimana kan ku cari kekasih sepertimu yang dapat membuat aku kembali menyinar dlm kegelapan... langkah kaki ku kini semakin perlahan bila saja aku memikirkanmu..meski kau tak menyukai aku tapi cubalah untuk bertahan agar cintaku ini tak akan lenyap dari hati ini.. andai di satu masa aku terpaksa melepaskan mu akan ku lepaskan dengan rela agar kau dan aku sama2 bahagia...andai ada jodoh antara kita pasti kita akan bersatu kembali...kau yang ku sayangi selama2nya..

Friday, 22 July 2011

SAHABAT MENJADI CINTA...

Kedamaian yang ku cari selama ini rupa2nya ada di depan mataku...cuma aku yang bodoh kerana tak dapat melihat keikhlasannya dan aku buta untuk menilai mana yang baik dan buruk... Kau yang selama ini sentiasa ada di sampingku, menjagaku, merawatku bila ku dalam kesakitan, memberikan ku kekuatan agar menjadi lebih tabah dan kau yang sentiasa senyum bila ku marah.... Kenapa selama ini aku buta untuk menilai kasih sayang yang kau beri dan aku bodoh dalam membuat penilaian tentang cinta... Kau yang selama ini ku anggap hanya sahabat...Sahabat dunia akhirat tapi tanpa ku sedar kau mencintai aku.. Sudah lama kau simpan segala duka ini dan aku tak menyedarinya..Bodohkah aku ini kalau aku melepaskan mu pergi dari hidupku... Aku bingung memikirkan apa yang terbaik untukku, adakah aku harus menerimamu kedalam duniaku atau aku biarkan kita seperti dulu..hanya kawan biasa atau aku akan kehilanganmu selamanya bila keputusanku akan melukakanmu... Aku tak mahu kehilangan seorang sahabat yang selama ini amat baik padaku..tapi dapatkah aku menerima cintamu..Ahhhh, sungguh aku keliru dengan perasaan aku sendiri...Cintakah aku padamu atau sekadar mengisi kekosongan hati ini saja, aku juga tak dapat memberikan jawapannya... Kenapa semua ini terjadi dengan tiba2, aku merasakan kekok bila berdepan denganmu disaat ini selepas apa yang kau ucapkan padaku...Berikanlah aku waktu untuk memikirkan sedalam2nya dan biarlah aku tenangkan jiwaku yang bergelora ini..Andai betul ini jodoh kita pasti tak akan kemana dan aku akan bersamamu juga kalau itu yang tersurat buatku....Nantikanlah aku dengan sabar dan cintailah aku sehingga aku dapat membalas cintamu...sahabatku...

Tuesday, 19 July 2011

YAKIN CINTAMU AKAN KU DAPAT...

mengapa sukar utk aku meluahkan apa yg ada dlm hati ini.... semakin lama aku pendamkan akan bertambah parah luka ini dan aku tak kan dapat tanggung duka hatiku... kau hanya dapat ku lihat dari kejauhan dan itu sudah cukup buat aku bahagia... jarak antara kita tak mungkin akan dapat diubah andainya dihatimu tiada cinta utk ku... sehebat mana cinta dan sayangku ini utk mu, andai dihati mu tiada rasa yg sama dgn ku, semuanya tiada makna bagiku lagi... kau... hadir dlm hidupku disaat  aku memerlukan kasih sayangmu... aku ingin  dibelai oleh insan yg bernama kekasih...kekasih yg dapat berkongsi suka duka bersama ku... walau kau terlalu muda buatku tapi semua itu tiada halangan bagiku untuk bersatu dgnmu dan ku yakin cintak kau dan aku akn bertahan hingga ke hujung nyawaku ini...tapi itu semua hanya anganku saja, kau takkan pernah tahu apa yg ada dlm hatiku ini selamanya karna hati ini sudah tertutup selamanya buat cinta... sakit hati ini bila mengenangkan yg aku terlalu sayang padamu dan kau buat tak tahu apa yg aku rasakan selama ini... ku paksakan diri agar kau akn mengerti bahawa cinta ku ini ada buat insan yg ku sayangi dan aku merasakan hanya  kau yg  dapat buat aku gembira kembali... kini kau pergi jauh dariku dan takkan kembali lg kesisiku....ku yakin cintamu akan ku dapat suatu masa nanti...ku akan menunggu dan terus bertahan hingga kau kembali padaku.

Sunday, 17 July 2011

KAMU YG AKU FIKIRKAN...

cinta itu indah kalau disulami dgn kasih sayang dan cinta itu manis bila diberi madu yg manis...tapi madu itu menjadi racun yg bisa merosakkan perhubungan kalau madu itu memakan tuannya sendiri...ku sulami cinta mu dgn jari jemariku agar kau selalu mengingati saat2 romantik kita bersama..jgn di fikirkan kalau cinta itu akan rosak dek madu karna kau lah madu dan racunku...kaulah segalanya buat diri ini..tiada madu dan racun yg dapat membuat aku gembira atau terluka selain kamu...kamu yg telah memaniskan cintaku ini dan kini hanya kamu yg ada dlm hati ini...aku tak dpt utk melupakan kelembutan yg kau beri padaku dan kini ku menjadi tidak keruan kalau kau tiada disisi...saban hari aku hanya merinduimu saja, siang mlm hanya kamu yg aku fikirkan...mkn dan minum pun fikirkan kamu...ahhh aku pusing memikirkan yg aku telah jatuh cinta padamu..cinta teramat2 padamu...kau yg aku cintai selamanya..

KEBAHAGIAANKU BERSAMAMU..

Perasaan rindu ini makin menebal padanya..aku tak tahu apa yg harus aku lakukan lagi...sudah cukup derita yg aku tanggung kini hanya bahagia yg ingin ku kecapi dan kebahagiaan itu hanyalah dgn dirimu...dirimu yg telah membuat aku kembali bernafas dari kelemasan luka cinta lalu...kau memberikan aku satu sinar baru dlm kehidupanku dan aku tak mahu kehilangan dirimu lagi...sudah cukup aku derita dan kini takkan ku lepaskan kau pergi dariku lagi... Gadiskuuuuu, kau yg telah menawan kembali hati ini.... kini hanya kau yg akan menjadi suri ku, akan ku sungting dirimu menjadi pendampingku hingga ke akhir hayatku ini... sudikah kau menerima aku didlm hidupmu dan membina mahligai bahagia kita bersama2 selamanya.... Andai kau sudi, akulah insan yg paling bahagia dan bertuah di muka bumi ini..aku tahu perjalanan ini masih jauh buat kita tapi aku akan menunggumu hingga kita dapat bersatu bersama dan kau akan menungguku juga...kau dan aku kini saling berjanji akan kekal bersama hingga nyawa terpisah dari jasad dan ketika itu barulah barakhirnya cinta kita... ku harap kita akan kekal sampai kita tiada penyesalan kerna kita saling tertarik dan jatuh cinta...

SAAT INDAH BERSAMAMU...

hati selalu merindui saat2 indah bersamamu, tapi semuanya kenangan bagiku... tiada lagi bicara manis dan manja yg dapat membuat ku tertawa riang seperti dulu yg tinggal kini hanyalah kenangan yg terindah... saat2 itu terlalu sukar di lupakan walaupun kadang2 aku ingin melupakannya... engkau pernah bertahta diruang hati ini dan kini ia tiada lagi, kini ku sepi sendiri menanti kehadiran cinta yg tiada lagi kepastian dalam diri ini... kau kini jauh dariku dan aku kini sunyi tanpamu tapi saat2 indah itu akan sentiasa dihati walaupun kadang2 ku cuba untuk melupakannya... tapi kini biarlah takdir yg menentukan rasa ini....

Thursday, 14 July 2011

BILA CINTA MENJADI RACUN..

Saat indah selalunya hanya sementara, bila asyik dilamun cinta hati mula tak keruan... Tapi, cinta itu sesuatu yg sukar digambarkan dgn kata2...Selalu saja ingin berdua, berjalan2 bersama, menonton dan apa2 pun nak bersama2 juga... Tapi hakikatnya, cinta kadang2 boleh melukakan diri sipencinta itu sendiri.... Bila diri dilukai semua kenangan manis itu pudar dan tiada serinya lagi... Sakitnya hati tiada siapa yg  dapat mengubatinya hanya masa menentukan segalanya... Mungkin dgn berjauhan dan cinta itu jauh dari mata maka luka hati akan terubat sedikit demi sedikit... Memang sakit bila cinta tiba2 bertukar menjadi racun... Racun yg membunuh segala rasa cinta walau pun ada sedikit lagi rasa itu, ianya akan membunuh tanpa meninggalkan sedikit pun rasa cinta... Itulah lumrah cinta, bila suka semuanya manis semuanya cantik dan bila tak suka semuanya pahit dan semuanya bagai racun... Hakikatnya bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi dan tanggungjawab setiap insan yg bercinta itu sendiri yg harus merealisasikan rasa cinta itu agar takkan ternoda oleh racun kebencian cinta itu sendiri... Kerana cinta itu indah, seindah taman firdausi....

Sunday, 3 July 2011

KAKU MENGUCAPKANNYA..

Kelu lidah untuk berbicara dan mengatakan sayang padamu..kaku juga hati ini untuk mangatakan apa yg ada dlm hati ini..andai aku punya keberanian dapatkah aku menyuarakan apa yg terpendam...tidak dapat ku bersuara lagi bila ku menatap wajahmu yg ayu itu...heemmm bagaimana ku nak luahkan jika hati tidak dapat bersuara..hanya kaku disitu tanpa bicara...yang ada hanya kau dan aku saling perpandangan antara kita...dapatkah akumemberanikan diri untuk berkata yg...I LOVE YOU...aahhhh...itu semua mustahil terjadi andai aku masih begini..payah untuk mengucap ayat keramat ini kalau masih berat mulut untuk bersuara..hanya masa yang bisa merubah semuanya..dan aku harap ianya tak akan sia2 dan kau masih ada menantiku...


CINTA

Dalam mencari erti percintaan seseorang itu selalu tersalah dan silap dlm menilai erti dan pengertian maksud cinta itu... Cinta bagi setengah pihak hanyalah mainan yang boleh ditukar ganti bila2 masa saja macam menukar baju...  Tapi cinta itu satu yang suci, kerana orang2 yang sebeginilah cinta itu menjadi kotor dan terpalik oleh noda yang dicipta oleh sesetengah pihak... Tiada lagi cinta yang suci dalam dunia zaman kini yang ada semunya hanyalah cinta pura2 dan kalau ada sekali pun sikit sangat... Bagi yang bercinta herhati2 dalam menjalani cinta dan cinta itu satu yang suci bagaikan kain yang bersih dan putih..janganlah dinodai cinta itu dengan perkara yang mencemarkan kesucian cinta itu sendiri...  Dalam hidup setiap orang memerlukan cinta, tanpa cinta tiada ertinya kehidupan hidup berpasangan di dunia ini... Cintailah sesungguh hati hingga kau tiada kesal untuk jatuh cinta..kerana cinta itu sesuatu yang indah dan cantik pada hati setiap yang bercinta...

Friday, 1 July 2011

CINTA AGUNG

Kerinduan ini tiba2 datang lagi... Adakah ianya satu realiti atau hanya sekadar mainan perasaan.. Aku juga tidak mengerti dengan hati ini, adakah kerinduan yang terlampau membuatkan aku memikirkan yang bukan2... Rindu, cinta, sayang dan benci.. Apa erti itu semua, hanya orang yang bercinta mengerti maksud semuanya.. Bagiku cinta itu sesuatu yang rumit dan sukar di mengertikan tapi bila aku mencintai seseorang aku mencintainya sepenuh hati ini... Aku menyayanginya sesungguh jiwa dan raga ini... Bagiku cinta yang suci itu cinta yang agung, kerana tiada siapa pun dapat merasa cinta yang suci ini... Hanya segelintir orang sahaja yang merasakannya... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...