Pengalaman hidup sering mengajar kita erti kehidupan yg sebenar, betapa susah payahnya pengalaman seseorang itu utk dilalui dan ditempuhi dgn hati yg tenang, begitu juga aku...menempuhi semua yg terjadi dgn hati yg terbuka, biar apa yg terjadi aku harus tabah menghadapinya... aku tahu sukar mencari cinta yg benar2 sejati di zaman ini...
Kata2 manis yg diucapkan bagaikan mimpi2 indah tapi...hakikarnya amat memedihkan bila kata2 indah itu bertukar menjadi racun yg memakan setiap pelusuk hati ini...kini musnah sudah semuanya dan hati ini sudah hancur dan luluh kerana bicaramu yg tidak pernah memahami hati dan perasaan ini... walau hati masih sayang padamu tapi semuanya hanya tinggal kenangan... ku tak tahu itu kenangan terindah atau mimpi ngeri bagiku... tapi, aku sedar bahawa aku pernah mencintaimu suatu masa dahulu dan kini kau hanya sejarah lalu yg ingin aku lupakan dari ruang hati dan kamus hidupku selamamnya...
Pengalaman ini menjadikan aku lebih dewasa dlm erti cinta... andai hati ini jatuh cinta sekali lagi, aku berharap biarlah ianya cinta sejatiku... kerana setiap percintaan ada suka dan dukanya, jangan serik untuk jatuh cinta dan jangan takut untuk terluka... kerana ia mengajar kita menjadi insan yg lebih tabah dlm mengharungi hidup ini dan ia mengajar kita menjadi lebih dewasa... dewasa dlm cinta dan dewasa dlm menjalani hidup yg penuh dgn dugaan ini...
Cinta itu sesuatu yg indah dan tak dapat di gambarkan dgn kata2 hanya insan yg pernah mengalaminya saja yg tahu nikmatnya cinta itu...cinta itu lebih bermakna bila cinta itu adalah cinta yg suci yg tiada dinodai dgn kekotoran oleh si pencinta itu sendiri kerana hubungan yg suci itu adalah simbolik pada cinta yg agong dan semua berhak mencari cinta sejati... kerana cinta ada di setiap dlm diri kita, betapa sukar sekali pun mengharungi cinta biarlah ianya cinta yg direstui dan hanya cinta yg direstui saja akan lebih bermakna bagi kita... cinta itu indah seindah taman yg diliputi bunga2 yg mekar di hati....
No comments:
Post a Comment