~ PARA PECINTA ~

Wednesday, 27 July 2011

TAKDIR YG MEMISAHKAN KITA

"Hai siapa nama, boleh berkenalan..awak cantiklah"....Inilah ayat yang tak dapat aku lupakan bila kau mula2 memikat aku... Dengan senyumanmu kau cuba menambat hati ini, berkali2 kau melakukannya dan berkali2 juga aku buat tak tahu dengan perlakuanmu...Tapi kau tidak berputus asa dan sedikit demi sedikit hati ini mulai menyukaimu..Kau gembira bila aku mengatakan padamu "Sayang I LOVE U TO"......

Disaat itu kau melompat kegirangan bila aku menyebut ayat keramat itu... Aku sedar bahawa kau benar2 sayangkan aku..Aku bahagia bila bersamamu dan kegembiraan kita berlanjutan dengan ikatan pertunangan.. Aku merasakan bahawa akulah insan di dunia ini yg paling bahagia dan kebahagian itu akhirnya membawa kita ke alam perkahwinan... Betapa meriahnya majlis kita dengan kehadiran sahabat handai dan kaum keluarga kita.. Akhirnya kita telah bersatu dan bersama selama2nya..

Saat2 manis kita bersama semasa kita berbulan madu di kota Paris membuatkan aku lebih bahagia... Mana tidaknya, inilah kota percintaan.. Kota untuk insan memadu kasih seperti kita, aku amat2 gembira dengan percutian bulan madu ini... Kau melengkapkan kehidupanku, aku bahagia menjadi surimu dan akan ku lakukan tanggungjawab ku sebagai ieterimu dan aku mahu kau juga bahagia..Kerana aku tahu perjalanan hidup kita masih jauh lagi...

Kini....semua itu hanya tinggal kenangan dan tak dapat ku ulangi masa2 lalu kita...Kau pergi meninggalkan aku buat selamanya. Saat2 aku berbahagia denganmu tiba2 aku dikejutkan dengan penyakitmu yang selama ini kau rahsiakan dariku... Aku amat marah diketika itu, kenapa kau bohongi aku, aku tak akan sekali2 meninggalkan mu.. Akan ku jagai mu sepenuh jiwa raga ini, hati ini hanya untuk mu dan selamanya hanya untuk mu...

Kini ...walau aku bersendirian tanpa mu disisi aku sudah cukup bahagia kerana kau memberiku satu nyawa yang kini akan kujagai dia dengan nyawaku sendiri... Aku sedar kini yang kau tak sekali2 meninggalkan aku kerana kau masih menemani diriku iaitu anak dalam rahimki ini... Aku bahagia bila mengenangkan yang  akhirnya aku tak keseorangan lagi... Anak ini sudah cukup untuk memberikan aku kekuatan untuk teruskan hidup tanpa mu disisiku..Akan ku didik ia agar menjadi insan yang berguna satu hari nanti.. Aku sudah cukup bersyukur dengan rahmat yang ALLAH berikan ini... Sayangku..selamanya aku mencintaimu sungguh pun kau pergi dulu dariku hanya kau yang aku cintai dan tiada sesiapa yang dapat menganti tempatmu dihatiku....Kau tetap di hati ini...I LOVE U FOREVER AND EVER....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...