~ PARA PECINTA ~

Wednesday 24 August 2011

KAU HADIR DALAM HIDUPKU


Kehadiranmu dalam hidupku bagaikan satu petanda yang kau akan merubah perjalanan hidupku...duniaku sebelum ini hanyalah bertemankan buku-buku dan aku tidak menyangka yang kau telah merubah aku sepenuhnya....lebih mempercayai orang dan yang penting kau mengajar aku apa itu bahagia dan cinta...kalau dulu aku sedikit pun tidak memperdulikan itu semuanya bagiku cinta hanyalah buang masa dan aku lupa betapa indahnya cinta itu...terima kasih sayang kerana telah membuat aku rasa nikmatnya cinta itu lagi....

Kau....yang kini membuat hati ini berdenyut lagi dengan cinta mu, memberi aku nafas baru agar aku tahu maknanya erti sebuah percintaan dan aku bersyukur aku telah mendapat mu sebagai teman hidupku...janganlah kau tinggalkan aku dalam apa jua keadaan pun andai kau melakukannya hancurlah seluruh hidupku ini...tanpamu aku musnah dan kehadiranmu bagiku amat bermakna kerana kaulah cinta hatiku selamanya...

Kau yang ku panggil sayang....andai jodoh kita berpanjangan aku ingin menjadi suri hidup mu... biarlah aku sentiasa berada disismu dan menjadi pendokong hidup mu selamanya.. aku ingin sentiasa menjadi orang yang kau sayang dan mencintai mu selamanya hingga akhir nyawa ini....mahukah kau memberi aku hak itu padaku sayang?????

Sayang.... aku mencintai mu melebihi segala yang ada di dunia ini dan terima kasih sayang kerana membuat hidup ku ini lebih bermakna dan aku bahagia bila bersamamu...kau akan selalu menjadi milikku dan aku sentiasa menjadi milik mu selamanya...I LOVE U SAYANG AND U ALWAYS IN MY HEART FOREVER....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...