~ PARA PECINTA ~

Sunday, 30 December 2012

KERLIPAN CINTA..

sekadar gambar hiasan..

Kelip-kelip ku sangkakan api..
Terang sang bulan ku sangkakan lampu nion..
Bayang wajahmu ku tenung di dasar tasik madu..
Bayang mu muncul dan hilang seperti dirimu..
Aku hanya kepingan dedaun..
Yang kini jatuh berguguran ke tanah jua..
Tiada ertinya lagi ku luah segala..
Yang ada kini hanya dendam di hati

HATIKU YANG KIAN MEMBEKU..


Keindahan itu adalah milikku..
Kedamaian tasik itu sedamai hati ku ini..
Anugerah mu itu meruntuk benak jantungku ini..
Aku tersipu malu dengan sikapku itu..
Merenung engkau tanpa rasa malu..
Kini ku menyedari aku hanya bertepuk sebelah tangan..

Lembayung pagi sedingin hatiku ini..
Kini ku inginkan kehangatan yang pernah ku rasakan dulu..
Tapi!!! Adakah ia pasti ada untuk ku rasakannya lagi..
Puas ku memikir dan memikir dan memikir lagi..
Kini yang ada hanya sekeping hati yang beku..
Sebeku ais di kutub utara..


LONJAKAN CINTA YANG HAMPA...


Ku lontarkan gelombang cinta ini agar ia sampai padamu..
Ku lonjakkan ledakan asmara di hati ini agar dapat kau capai..
Ku sisipkan kata-kata indah agar ia jadi semangat buat mu..
Ku serahkan segala harapan pada mu agar ia kembali menjadi kenyataan..

Kini ku tiada punya daya upaya untuk memberi lagi..
Semuanya musnah dengan harapan..
Harapan yang ku dambakan selama ini..
Kau.. Kau insan yang ku harapkan kini menikam ku dari belakang..
Setelah ku beri segala anganku kini angan hanya tinggal angan..

Kini ku tiada keinginan untuk jatuh cinta lagi..
Kini ku hanya ingin menjadi insan yang bebas dari cinta..
Kini dan selamanya hanya ada aku dan aku dan aku untuk diriku..

Kesepian ini akan sentiasa menemani aku di sepanjang usiaku
Dan ia tak akan lekang dari ingatan dan sanubari ku..
Kau aku dan janji-janji kini hanya tinggal janji..
Sepi ku kini hanya kerna kamu..
Sakit ku kini hanya kerna kamu..
Dan kerna kamu ku tinggalkan cinta ini untuk selamanya...

Thursday, 8 November 2012

KESEDIHAN BUKAN PENAMAT SEGALANYA..


Bahagia yg datang sekejap bukan bermakna berakhirnya sebuah kehidupan.. yg pasti masih ada lagi pejalanan yg lebih bagus yg sedang menunggu di satu persimpangan ..Walau sehebat mana cinta seseorang itu tiada yg terhebat dari cinta ALLAH.. Tiada guna bersedih dan berduka apabila kecewa dalam cinta atau kehidupan dan tiada gunanya meratap permegian orang yg tidak memperdulikan hidup dan mati mu.. Masih banyak orang yg bisa merubat kelukaan yg di tinggalkan di hatimu.. Hidup perlu tabah agar diri lebih bermakna.. Meratap dan megenang sesuatu yg tak pasti hanya membuang masa dan tenaga diri sendiri.. Life must be go on dan kesedihan bukan penamat segalanya... Cinta ibarat cerita yg kita corakkan begitu begini dan hadirnya dia juga kerna kita yg membenarkannya hadir dalam kisah hidup kita.. Berilah peluang kedua dalam hidup masing2 untuk merubah semuanya dan carilah ketenangan dan cinta yg benar2 sejati yg akan membuat hati setiap kamu berdegup kencang saat pandangan mata mula bertembung.. Kerna dari pandangan mata terbitnya perasaan cinta dan dari perasaan itu ia mulai turun ke hati dan dari hati ia mulai berfikir adakah ini cinta yg aku tunggu2 selama ini.. Tepuk dada tanya selera, itulah jawapan yg kau akan dapat.. Berfikir secara tenang dan tanpa ada hasutan syaitan yg berbisik.. Kerna diri mu lebih bernilai kalau disayangi oleh orang yg kau sayangi...

Sunday, 7 October 2012

AIR MATA TEMAN TERBAIK GADIS...


Air mata sudah menjadi teman terbaik pada si gadis.. tapi apa yang menyebabkan si gadis menangis?? Bukan 1 tapi banyak penyebabnya air mata menjadi sebati dengan si gadis.. Bila berpisah dengan pakwe si gadis menangis..bergaduh dengan teman terbaik pun menangis.. emak atau ayah marah pun menangis.. tengok filem sedih pun menangis.. bila tengok ketidakadilan pun boleh jugak menangis..hemmm boleh dikatakan menangis tu dah sebati dengan diri perempuan..berlainan pulak dengan lelaki yang sukar untuk menitiskan air mata mereka..kalau ada pun dalam 100 orang tu seorang ja kut yang menangis... lelaki ni bila masa mereka menangis pun tak tau la..mungkin mereka nak tunjuk macho or ego mereka tinggi..tapi jarang melihat mereka menangis... berlainan dengan perempuan yang sudah semulajadi sifatnya lembut dan  penyayang, tentu saja ia sebati dengan naluri seorang wanita apatah lagi naluri seorang ibu..

CINTA SUCI...


Indan sungguh bila di lamun cinta tapi lagi indah kalau cinta disulami dengan kasih yang halal.. cinta seperti bunga2 yang harum subur di taman tanpa perlu di cemari dengan racun perosak.. begitulah juga cinta kita tak perlu disulam dengan belaian yang penuh dengan dosa.. cukup sekadar kita mengerti apa itu ertinya cinta yang halal tuk diri kita..indah sungguh kalau cinta itu disulam dengan cinta yang sudah halal buat mu... cintailah pasangan anda dengan cinta yang telah di halalkan untuk mu dari mencintai cinta yang akhirnya menjerumuskan kita ke lembah dosa.. kerna cinta itu terlalu indah untuk di cemari dengan dosa...

Friday, 5 October 2012

JOM BERPANTUN CINTA

petang2 bermain ditaman,
bermain di taman bersama sidia,
wahai hati apa kah gerangan,
yg melanda hidup sidia.

sedih dan sunyi itulah cinta,
walau pun banyak suka dan duka,
sesedih pun apa itulah cinta,
terimalah saja dengan hati terbuka.

andainya cinta milik aku,
berikan dia sepotong hatiku,
andai jawapan mu menguris aku,
palamlah ia dengan kata cintaku.

hidup aku hanya untuk mu,
hidup dia hanya untuknya,
biar cinta kembali pada mu,
hanya jasad ini kembali padaNYA.



GETARAN CINTA...

sekadar gambar hiasan..
Mata bertemu saling bertentangan hati mulai berdenyut kencang..
Wahai hati!! apakah ini tandanya getaran cinta mu..
Berikan aku sedikit jawapan agar hati menjadi tenang..
Sesekali mata melirik padanya melihat2 dia di sana..
Tapi mulut kelu tuk berbicara padanya yang aku sudah suka padanya..
Wahai engkau yang ada disana berikan aku sedikit respond..
Kalau kau suka katakan saja agar aku senang berbicara..
Malu aku tuk memulakan bicara bila engkau buat tak tahu..
Kini izinkan aku mulakan kata bila kau diam sahaja..
Cinta dan sayang tak perlu dimalukan..
Kalau dah suka katakan saja agar tak sesal di kemudian hari..
Bila bercinta salinglah percaya agar hubungan sentiasa bahagia..
Kini akhirnya bual bicara, salinglah cinta seadanya...

Monday, 17 September 2012

KAU YANG TAK SETIA...AKU YANG DERITA


Setelah berakhirnya musim ini tiada apa lagi yang aku harapkan...
Mencintai mu sesungguhnya satu kesilapan dan pekara bodoh yang aku lakukan...
Betapa aku sesalinya, menggenalimu akhirnya menjerat diriku dalam cinta tiga segi mu itu...
Betapa jahilnya diri ini tanpa peduli apa pun jua, menerima saja kata-kata dusta mu...
Sedangkan lagi terang lagi bersuluh kau menduakan aku dengan yang lain...
Tiada sesiapa pun wanita di dunia ini yang sanggup untuk di dua kan...
Apatah lagi oleh orang yang selama ini terlalu dipercayainya melebihi dirinya sendiri...
Hati ini terlalu sakit untuk menerima apa jua yang kau ucapkan lagi...
Pergi...pergi...pergi...pergilah kau dari hidup ku dan aku rela melepaskan kau, dari hati ini lebih sakit lagi...
Kenangan kita dulu satu kenangan yang terindah yang pernah kita lalui satu ketika dulu...
Biarlah ia menjadi sejarah cinta kita yang manis dan kenangan terakhir kita...
Kau dengan jalan mu yang tesendiri dan aku dengan jalan ku sendiri...
Mungkin ALLAH menyayangi aku maka dengan itu DIA menunjukkan kecuranganmu padaku...
Lebih baik aku mengetahui awal dari terlewat mengetahuinya...
Walau sedikit kesal dengan apa yang terjadi tapi aku bersyukur kerna ALLAH masih sayang pada ku...
Aku tidak tahu bila lagi hati ini akan terbuka untuk bercinta lagi...
Sesungguhnya kelukaan ini amat pedih dan sukar tuk dirawat...
Hanya masa yang dapat meyembuhkannya, entahkan sembuh entahkan tidak...
Semuanya terpulang pada yang ESA, aku hambaNYA hanya mampu berserah...
Andai ditakdirkan aku sendiri maka aku hidup bersendirian...
Andai ditakdirkan aku menemui calon hidup ku maka bahagialah yang menungguku...
Sesungguhnya takdir manusia tiada siapa yang tahu melainkan hanya DIA yang MAHA mengetahui...

p/s~tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati, kisah ini hanya satu rentetan kisah hidup kebanyakan orang...mungkin anda pernah mengalami situasi begini dan mungkin juga kawan anda..siapa pun jua ianya hanyalah satu kisah dalam beribu-ribu kisah...moralnya disini...jangan terlalu mempercayai kekasih hingga mengiyakan apa jua yang dia lakukan...sedikt sebanyak perlu ada dalam diri kamu tuk tidak percaya dan jangan menyerahkan 100% kepercayaan cukuplah setakat 50% kepercayaan yang diberi, kerna 50% itu harus diri sendiri yang pegang....satu lagi sebagai peringatan, kalau setakat kekasih biarlah jangan berlebih sebab belum tentu ia akan menjadi pasangan hidup kita...

Wednesday, 8 August 2012

LOVE LOVE LOVE


Saranghae!!!
wo ai ni!!!!
I Love U!!!
Aku Cinta Padamu!!!
Aisheteru!!!

Bunyi sebutan berbeza tapi maksud yang sama..Cinta oh cinta mengapa hadirnya selalu mengundang masalah pada si pencinta.. Andai satu hari nanti tiada cinta pada diri insan2 di dunia ini apakah yang akan terjadi dengan insan2 ini semuanya???

Ya!! Cinta harus ada dalam setiap diri insan kalau tiada rasa cinta, hati dan perasaannya menjadi keras dan hitam tiada lagi sifat2 kasih sayang dalam meyayangi pasangan dan insan2 yang berada disekelilingnya.. Cinta terlalu murni dan suci untuk di lempar dari setiap hati..Cuma hati yang mengerti nilai cinta faham apa maksud cinta itu.. Perasaan tak dapat berbohong andai cinta itu kadang2 membawa derita tapi harus diingat hitam dan putih perlakuan kita adalah atas keputusan kita sendiri..Kita sendiri yang mencoraknya, jadi tentukan sendiri nilai cinta kamu..Bagi ku cinta itu amat mulia dan aku penuh dengan kasih sayang dan cinta..

Cinta ini tiada berbelah baginya lagi..Banyak jenis cinta yang ada dalam dunia ini..contohnya..
1~cinta pada kedua ibu bapa
2~cinta pada sahabat
3~cinta pada saudara mara
4~cinta pada kekasih
5~cinta pada alam
6~cinta pada semua ciptaan ALLAH S.A.W di muka bumi ini dan yang terpenting adalah no
7~cinta pada pencipta dunia ini iaitu ALLAH S.A.W..
kerna cinta padaNYA saja yang benar..padaNYA kita meminta dan memohon dan padaNYA juga kita akan kembali..

Oleh itu sayangi diri dan ALLAH S.A.W yang telah mencipta kita dan menghargai setiap kehidupan di dunia ini.. andai kamu merasakan kamu keseorangan tanpa cinta, ingatlah yang ALLAH S.A.W sentiasa ada melihat setiap apa yang terjadi.. Cintalah dengan ikhlas dan jangan mendustai cinta yang suci dengan kekotoran hati yang penuh dengan dendam dan hasat dengki...Ingatlah ALLAH S.A.W sentiasa melihat...

Monday, 6 August 2012

MENGAPA SUKAR MENEMUI JODOHKU..

sekadar gambar hiasan.

Sendiri aku di laman ini bertemankan laptop kesayangan ku..
merenung2 ke arah luar rumahku yang gelap gelita..
tiada sebarang cahaya menerangi , yang ada kini hanyalah ungas2 malam..
yang sering menemani malam hariku yang sunyi dan sepi..

Mengapa tiada hati yang dapat menawan diriku yang terlalu inginkan belaian dari mu..
mengapa dan mengapa aku harus sendiri lagi..
sepi selalu saja menemani aku dan aku pilu memikirkannya..
apa tiada secebis cinta untuk ku miliki..
tiada kah cinta yang ikhlas yang tidak mengharapkan balasan..

Kerinduan ini sering memaksa aku di jalan buntu heemmm...
andai saja aku bisa menemui seseorang insan yang setia pada cinta..
setianya pada kasih yang tiada belah baginya lagi..
namun aku hanya mimpi disiang hari, ahhh mimpi lagi..

Andai saja ianya bukan mimpi mungkin aku sudah bahagia kini..
dan mungkin aku tidak keseorangan lagi menempuhi malam2 hariku bersendirian..
sukar untuk aku jatuh cinta lagi setelah kau tiada dalam hati ini..
kelukaan itu cukup mengajar aku erti kepura-puraan, erti dusta yang kau ciptakan..
dan tiada apa yang akan ku kesalkan lagi bila diri ini berseorangan..

Sudah cukup untuk aku nikmati cinta ku yang sekejap walaupun cuma dusta..
dan terima kasih atas cinta pura-puramu itu sayang..
kerna kau mengajar aku erti cinta yang pilu..
andai aku di pertemukan dengan seseorang..
ku harap biarlah ianya jodoh yang sudah ditetapkan untukku dunia dan akhirat..

Saturday, 14 July 2012

BERIKAN AKU CINTA

Deruan angin selalu menyapa aku yang asyik di buai perasaan..
Aku terkejut pada pukulannya dan tanpa ku sedari ada sesuatu mengalir..
Ah, mengapa dan kenapa ia harus terjadi disaat aku lagi di buai mimpi2 indah..
Ku selalu merenung ke langit dan ku lihat indahnya kepulan2 awan yang terbentuk..
Seakan2 sedang tersenyum padaku dan aku kembali senyum sendirian..
Mimpikah aku?? Gilakah aku?? Ahhhh, aku pun tak tahu...
Tak pasti akan perasaan aku sendiri dan bagaimana harus ku luahkan..

Aku ingin berkongsi segala kegembiraan di hati ini dengan seseorang..
Tapi... siapa dan siapa?? hemmm...
Andai saja ada yang menyayangi diri ini pasti aku tak kesunyian lagi..
Pasti akan ku luahkan segala kerungsingan yang bermain2 di mindaku..
Haruskan aku mencari seseorang sebagai penganti diri mu..
Apakah kerinduan ini akan terubat dengan kehadiran orang baru..
Aku selalu inginkan yang terbaik untuk cinta ku, tapi aku takut..
Takut untuk terluka ke dua kalinya..
YA ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk bercinta lagi..
dan berikan aku segala keindahan cinta yang selama ini ku dambakan..
Aku yang sentiasa ingin dicintai dan disayangi selama-lamanya...

Monday, 9 July 2012

UJIAN DARINYA


Cintailah dia dan sayangilah dia selagi dia masih ada didunia ini..
Jangan dikesal kemudian hari bila tiada lagi peluang untuk berkata2 dan menyanyangi..
Buang segala rasa benci dan amarah dan penuhi dengan rasa cinta yang melimpah ruah..
Andai pernah membenci hilangkan ia dari hati mu..
Sucikan dari segala rasa benci yang bermain2 di hati mu dan minda mu jua..
Nescaya kau akan bisa untuk memaafkan dan merelakan segala kepedihan yang pernah terjadi..
Sesuatu kejadian pasti ada hikmah disebaliknya dan sesungguhnya setiap insan akan diuji OLEHNYA..
Maka janganlah sekali2 menyalahkan takdir..
Harungi ia dengan tabah dan berani dan di akhirnya kau akan dilimpahi kebahagian..
Kebahagian yang hanya akan menjadi milik mu abadi..

TIADA GUNA MEMAKSA CINTA

sekadar gambar hiasan..

Dalam diam dia datang dan dalam diam dia pergi..
Kehadiran mu sekadar membuat aku terluka lagi..
Mengapa kau beri aku sebuah harapan ..
Jikalau kau tidak dapat menunaikan janji2mu..

Mengapa harus ada jurang yang memisahkan kita..
Sekiranya sayang masih ada untuk kita..
Berkasih dan bermanja lumrah dalam bercinta..
Berduka dan berpisah jua menjadi satu kebiasaan..
Jadi!!! mengapa harus ada rasa kesal jika terjadinya perpisahan..

Bukan memaksa bukan meminta..
Tapi,biarlah sayang itu timbul secara semulajadi..
Tiada guna memaksa hati menerima sesuatu..
Sesuatu yang hati dan perasaan tidak dapat menerima..

Tiada guna kalau cinta hanya dari sebelah pihak..
Sedangkan pihak yang lain hanya buat tak tahu..
Sakit hati akan bertambah2 dalam jadinya..
Biarlah ia datang dan pergi secara semulajadi..
Usah di paksa usah di rayu..
Ada jodoh akan bersatu, bersatu untuk selama2nya..

Tuesday, 3 July 2012

BENCI DAN SAYANG


Bisakah yang dibenci disayangi???
aku tak tahu dan tak pasti..
apakah jawapan yang ada dalam hati ku..
adakah ia layak untuk disayangi lagi..
setelah hati dirobek2 dengan kejam..

Masih bisakah ianya di maafkan..
apa yang aku harapkan lagi setelah semua itu terjadi..
betapa derasnya air mata ini mengalir..
ia tetap hanya air mata yang tiada nilainya untuk mu..

Bodoh kah aku??
mengharap sesuatu yang tak pasti..
sesuatu yang hanya aku dambakan sendirian..
sedangkan dia tidak tahu apa sebenar yang ada dalam hati ini..
haruskah aku meluahkan segala yang terpendam..
bagaimana harus ku luahkan setelah hatiku diperlakukan dengan kejam olehnya..
ahhh tak dapat untuk ku harungi lagi kelukaan ini..

Biarlah ia begini...
sendiri dan sendiri lagi..
tiada teman dan kekasih yang menemani disisi..
hanya ada air mata yang menemani aku yang sepi..

JODOH ANTARA KITA...


Aku rindu dia..
aku sayang dia..
aku cinta dia..
dan aku ingin bersamanya..

Tapi adakah kehadiran ku hanya satu masalah untuknya..
aku tak tahu jika kehadiran ku hanya satu bebanan pada mu..
tapi percayalah yang aku amat merinduimu..
jauh di sudut hati ini ingin selalu bersama mu..

Tapi...?
adakah dia rasa apa yang aku rasakan..?
adakah degupan jantungnya merasakan sesuatu..:?
adakah dia pun ingin bersama ku selalu..?
aku tak tahu dan aku keliru...
lalu apa yang aku harapkan pada sesuatu yang belum pasti..

Andai ada jodoh kita, maka kita akan bersama..
andai tiada jodoh antara kita, ku pasrah..
walau berat hati menerima tapi aku sudah cukup gembira..
gembira kerana pernah mencintaimu dengan setulus hati ini..
dengan siapa kau bahagia aku akan mendoakan mu agar kau gembira..
walau hati ini terluka tapi ia masih kuat untuk menerima ketentuan ilahi..

Saturday, 9 June 2012

HATI YG INGIN DICINTAI



Aku merenung didalam sinar mata mu..
Ku tercari2 dimana pernah aku melihat redup renungan itu..
Puas ku berfikir untuk cuba mengingati..
Tapi.. akhirnya semuanya hampa belaka..


Aku dambakan sentuhan hangat darimu..
Aku inginkan belaian manjamu..
Aku mengharapkan cinta darimu..
Tapi... yang ku dapat hanya sekadar mimpi belaka..


Mengapa sukar tuk ku dapat sekeping hati..
Hati yang benar2 mencintaiku seadanya..
Dalam hidup ini hanya sekali...hanya sekali yang ku inginkan..
Mencintai dan dicintai hingga akhir nafasku ini..

Thursday, 5 April 2012

HEART


Setengah orang diberi keistimewaan untuk menghadapi kehidupan berpoligami dan berkongsi kasih, namun ada yang tidak mampu menghadapinya walau mereka memiliki segala2nya kerana ia bukan sekadar soal memenuhi tuntutan agama, tapi ia adalah soal belaku adil dari segenap sudut kehidupan. Paling penting cinta sejati hanya wujud dalam sekeping hari, bukan dalam banyak hati..

Thursday, 29 March 2012

RINDU KAMU AKAN KU SIMPAN..

Semalam kau hadir membawa aku sekeping hati..
Kini kau datang tuk ambil kembali apa yg kau beri..
Kenapa sukar tuk dibayangi akal dan hati..
Kenapa semuanya ini harus terjadi lagi..
Payah tuk aku terima apa yg kau lakukan..
Pergi..pergi..pergi aku tak mungkin kembali lagi..
kembali di dalam hidup mu lagi..
Rindu??? Ya aku masih rindui mu..
Aku masih dan masih dan masih..
Selamanya aku akan merindui mu..
Cuma bagiku, kini tiada lagi kali kedua tuk mu..
Cukup sekali aku terluka dan tak akan ada kedua kalinya..
Biarlah aku simpan rindu ini tuk diriku seorang..
Dan kau bahagialah dengan siapa pun jua pilihan hatimu..
aku akan sentiasa mendoakan agar kau mendapat yg terbaik..
Kerna kau berhak tuk yg terbaik..
Rindu ini mengajar aku erti kesabaran yg harus ku lalui selama ini..
Rindu hatiku hanya padamu..
Rindu tuk selama2nya dan biarlah ia rahsia hatiku sayang...

Wednesday, 29 February 2012

RINDU

sekadar gambar hiasan..
Dikala kau tiada
Aku menjadi seorang perindu
Rindu kepada guarauanmu
Rindu kepada jenakamu
Rindu kepada usikanmu
Rindu kepada tawamu
Bilakah...
Rindu yang dirindukan
Akan kembali
Mengubati hati ini
Menbawa bersama
Gurauanmu
Jenakamu
Usikanmu
Tawamu
Rindu yang dirindukan
Kembalilah bertahta dihati
Kerana aku sering menanti...

Monday, 27 February 2012

APA SALAHKU HINGGA DIHINA SEBEGINI...

SEKADAR GAMBAR HIASAN.
Mengapa salam persahabat selalu disalah ertikan????
Kita berkawan hanya untuk mencari lebih ramai kawan dan bukan untuk mencari musuh tetapi persahabatan yg di hulur disalah mengertikan oleh sesetengah pihak.. Cinta kalau tidak saling percaya maka hancurlah ikatan cinta yg dibina..Memang perlu ada cemburu tetapi, cemburu yg bertempat bukan cemburu yg membabi buta.. Siasat dulu duduk pekara yg sebenar dan jangan menyalahkan satu pihak saja kalau salah percaturan diri sendiri jugak yg malu kan...
Kerana cinta yg belum pasti lagi akan bersama, dia menuduh dgn sesuka hati, kalau benar dlm hati masing2 punya cinta yg kuat, datanglah badai taufan sekuat mana pun x akn musnah percintaan kamu kalau benar2 kuat...Ini sbb x ada keyakinan dlm diri dan dlm cinta kamu sbb tu cemburu buta... Xkan lah seorang yg dah berpunya nak mengoda milik org dan wat pe nak hak org sedangkan dia bahagia dgn perkahwinan yg dia miliki kini... 
Salahkah kalau sebagai sahabat utk tanya kabar dan like status kwn2 dia kat FB.. kalau itu menjadi kesalahan baik x yah bercinta, berfikir secara rasional dan bukan dgn membuta tuli.. Sememangnya si lelaki ni sangat kacak dan mungkin sbb itu diri dia rasa tergugat kalau si lelaki berpaling tadah.. Tapi nampak sangat yg dia x yakin dgn cinta dia pada lelaki ni.. Kerana kayakinan dia xde dia menyalahkan si pihak lg satu plk, susah kalau ada org yg jenis x mengerti persahabatan dan cinta.. 
Mengapa perlu memaki hamun, perli memerli dan mengeluarkan kata2 yg pedih dan buat org menangis.. Andai salah dari diri xpe jgk ini xde salah kat mana2 pun, sampai dia mengeluarkan kata2 yg kejam bgi seorang yg berpangkat adik pada kakaknya... Andai persahabatan ini memerlukan pengorbanan biarlah kakak yg hina ini beralah utk kebahagian adik2 dia walaupun diri dah x dianggap sebagai kakak lagi..luka yg di tinggalkan sangat dalam hingga sukar untuk dijahit atau tampal lagi...Kalau begini caranya kamu berdua akan diremove dari friends list kakak...dah kalau cemburu tu sampai dah hilang rasa hormat kat akak ni so sayonara pada kamu berdua...

Wednesday, 22 February 2012

CINTA KITA UMPAMA MIMPI

SEKADAR GAMBAR HIASAN.
Aku pernah bermimpi yg suatu hari akan hidup bersama mu..Tapi mimpi hanya tinggal mimpi dan x akan menjadi realiti.. Kerna mimpi kita sukar digapai, sukar dimiliki dan sukar untuk bahagia... Aku selalu mengharapkan agar kita akan menjadi satu pasangan yg terbaik pada pandangan mata semua orang dan semuanya musnah kerna onah mu sendiri yg x setia... Mengapa aku yg menjadi mangsanya, disaat aku lagi sedang bahagia kau robek2 keluar hati ini menjadi cebisan2 kertas yg jatuh berderai...Tiada pernah ku sangka begini akhirnya cinta kita yg lama terjalin...

Lelaki...ohhhh lelaki, mengapa manis sungguh bicara mu hingga kaum hawa sepertiku lemah dengan pujukan rayumu.. memang lelaki kalau bermain kata cukup manis hingga kaum hawa seperti aku jadi penasaran dan kau pandai mengambil peluang bila hati ini menjadi lemah.. Sesungguhnya tidak pernah aku sesalkan dengan kasih yg lama terjalin antara kita tapi, tidak akan sesekali aku menerima mu lagi dalam kehidupanku.. Cukuplah sekali aku rasa kepedihan yg kau tinggalkan dalam hati ini... Tidak mungkin aku kembali padamu bila kau sudah buang jauh aku dari hatimu dulu.. Kini ku bahagia dengan kehidupan yg aku jalani dan tidak pernah ku sesali hidup bersendirian tanpa mu disisku lagi...

Mengapa lelaki tidak pernah cukup dengan seorang perempuan dan mengapa harus mencari yg kedua.. tidakkah dulu terlalu sayang dan cintanya kamu padaku...Mengapa sekarang tiba-tiba saja semuanya berubah, sudah hilangkah rasa cinta yg terbina dulu dan mengapa kau berubah hingga begini... Kini aku tidak lagi mengenali siapa lelaki yg pernah aku cintai dulu...kau sudah jauh terpesong dan cintamu kini tiada dalam hati ini dan aku ingin mencari cinta yg benar2 mencintaiku dengan seadanya dan menerimaku dengan penuh kasih.. Cukup sekali ku derita dan tak akan ku derita berkali2 lagi...Pengalaman lalu banyak mengajar ku erti luka dan bahagia..Kini ku akui ku tabah menghadapi cinta baru...cinta yg tiada dikau didalamnya...

KAWAN MAKAN KAWAN

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Pernahkah terjadi pada anda mencintai kekasih sahabat anda sendiri..hemmm topik kita pada kali ini adalah jatuh cinta pada kekasih sahabat baik kita.... Mengapa dan apa yang membuatkan kita suka pada kekasih sahabat kita...tentu ada sebab2nya kan..kalau anda rasa ingin berkongsi dengan cintamama silakan dan cintamama alu2kan komen dan luahan anda disini..

Pekara ini tak pernah la terjadi pada  cintamama tapi tak tahu la pada anda di luar sana kan..bayangkan kita boleh terjatuh cinta dengan kekasih kawan kita sendiri..cintamama nak tanya sanggupkah korang menikam belakang kawan anda sendiri hanya kerana seorang lelaki @ perempuan... Sanggupkah musnahkan persahabatan yang telah lama terbina hanya kerna sebuah cinta yang belum mungkin akan menjadi realiti dan sanggupkah kamu untuk menatap wajah sahabat kamu setelah apa yang telah kamu lakukan di belakangnya..Cuba fikir dan renung2kanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk persahabatan yang telah lama terjalin..

Cinta boleh dicari tapi sahabat sejati yang sanggup bersusah senang dan sentiasa ada disisi sukar untuk didapati lagi...sekarang banyak sahabat yang hanya ada bila kita dalam kesenangan dan bila dalam kesusahan semua menghilang...Begitu juga cinta, cinta yang kita dapat dengan mengrampas dari hak orang lain tak akan kekal lama... Sebabnya satu hari cinta kita itu akan dirampas oleh orang lain pula...Setiap apa yang terjadi dimuka bumi ini ada balasannya dan setiap kejadian ada hikmahnya..maka berfikir dengan akal dan jangan berfikir dengan membuta tuli...renung2kanlah...komen dan storylah kalau anda ada pengalaman atau ingin kongsi2kan cinta anda..cintamama alu2kan...moga anda terhibur dan senang dengan penulisan cintamama yang tek seberapa ini..Sampai jumpa lagi di entry yg akan datang...

Tuesday, 24 January 2012

SEJAK KU BERTEMU PADAMU ( Sanisah Huri)

sejakku bertemu padamu
fikiran ku telah terharu
hanya kekanda yang akan dapat
mengubatkan hatiku  rindu
sejakku bertemu padamu
fikiran ku telah terharu
hanya kekanda yang akan dapat
mengubatkan hatiku  rindu

ku bentangkan perasaan ku padamu
untuk mengadilkan bisikkan sukmaku
ku bentangkan perasaan ku padamu
untuk mengadilkan bisikkan sukmaku

andainya kanda pikat asmara
sudikan dengan jiwa dan ragaku
sejakku bertemu padamu
fikiranku telah terharu
hanya kekanda yang akan dapat
mengubatkan hatiku rindu

ku jadikan kanda mahkota pujaan
ambillah dinda untuk jadi suntingan
ku jadikan kanda mahkota pujaan
ambillah dinda untuk jadi suntingan
ku persembahkan diri padamu
kerna kandalah syurga bagiku
sejakku bertemu padamu
fikiran ku telah terharu
hanya kekanda yang akan dapat
mengubatkan hatiku  rindu

SELAMAT PAGI SAYANG (Noorkumalasari)

selamat pagi sayang baru sekejap kita bertemu
engkau datang membawa sekuntum mawar merah pagi menjadi indah
selamat pagi sayang semalam pun kita berjumpa
engkau datang bersama sejambak mawar biru bisa berubah rindu
beribu batu rasa kau dekat disisi
di dalam mimpi kau datang kepadaku
kita berlari menyapa bayu pagi
burung nan terbang turut berkicau
berkicau keriyangan
sayang selamat pagi apa kabar engkau disana
kan ku tunggu kau datang walau di dalam mimpi hatiku kan bernyanyi

BAWALAH DAKU BERSAMAMU (Azean Irdawaty)

bawalah daku bersamamu ke alam baru yg indah
usah kau biar hati ini meratap berduka kesepian
berikan daku pengharapan membina cinta yg suci
pada mu jua ku curahkan kasih sayangku yg abadi
kuingin disisi mu di belai tiap waktu
tanpa mu ku sepi merindu menanti
ku mengharapkan dikau kembali
kenanglah daku dihati mu seindah waktu bertemu
bawalah daku bersamamu menempuh jalan yg bahagia

ku ingin disisimu dibelai tiap waktu
tanpa mu ku sepi merindu menanti
ku mengharapkan dikau kembali
kenanglah daku dihatimu seindah waktu bertemu
bawalah daku bersamamu menempuh jalan yg bahgia..

DUA INSAN (ezad ft. eva)

Bila kau senyum ku gembira bila kau sedih ku menangis
Bagai kumbang rindukan bunga ku rindu wajahmu oh sayang
Dimana saja kau berada ku kan tetap bersamamu
Walau pun jasad ku jauh namun hati ku tetap padamu
Bila saja halangan menimpa kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara membuat hidupku bagai dalam syurga
Biar masa berganti masa biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh sayang
Hanya kuasa TUHAN dapat memisahkan
Jika kau tanya pada rembulan mengapa cahya berseri-seri
Nanti jawabnya amu na  cinta padaku
Kupersembahkan kepadamu sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum kembang yg harum kau cium
Bila saja halangan menimpa kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara membuat hidupku bagai dalam syurga
Dua insan sedang bercinta dua insan beejanji setia
Telah ku katakan padamu oh sayang
Hanya kuasa TUHAN dapat memisahkan
Hu hu hu hu hu hu
Bila kau senyum ku gembira
Bila kau sedih ku menangiskan
Bagai kumbang rindukan bunga
Kurindu wajahmu oh sayang
Dimana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walau pun jasadku jauh namun hatiku tetappadamu
Hu hu hu hoo hoo hoo


p/s: pink wanita biru lelaki merah duet

Friday, 13 January 2012

JANGAN AMBIL HAK ORANG

sekadar gambar hiasan
Antara aku dia dan kamu..mengapa harus ada perbedaan yang ketara..Kita semua saling jatuh cinta, tapi pernahkan cinta kita itu jatuh di tempat yang benar.. Mengapa harus jatuh cinta pada orang yang salah?? Mengapa harus jatuh cinta pada orang yang tak mengcintai kita dan mengapa jatuh cinta dengan hak orang??? Ya, mengapa..ada tak jawapannya, kalau ada tentu tahu apa yang diperlukan oleh hati nurani mu..

Siapa yang tak mahu jatuh cinta dan siapa yang mahu jatuh cinta pada orang yang salah..Tapi kalau semua itu takdir, bagaimana harus dilakukan?? Memang kita tak boleh melawan takdir tapi kita boleh cuba untuk mengelak dari terjadinya luka yang dalam disetiap hati yang bercinta.. Kekadang, sikap seseorang pada kita akan membuat kita rasa diri ini di sayangi dan rasa diri ini dicintai..Tapi pernahkah terfikir oleh akal fikiran yang sikap ambil perhatiannya itu ada niat yang tersembunyi atau tidak...Tak salah kalau kita berhati2 dalam setiap perhubungan dan sikap sambil lewa hanya akan mengundang padah sahaja..

Tak salah jatuh cinta tapi yang salah bila jatuh cinta dengan milik orang.. Mengapa harus dipilih hak orang? Mengapa hak orang jugak yang kau mahu dah tiada lelaki atau wanita lain kah didalam dunia ini dan hak orang jugak yang kau mahu...Itu salah satu cinta yang tak harus dimiliki.. Memang perasaan tak dapat dikawal bila kita jatuh cinta..Tapi fikirkanlah hati dan perasaan orang yang kau rampas cintanya.. Bagaimana terlukanya dia bila kamu merampas hak dia dan tidakkah kamu takut suatu hari nanti cinta kamu itu pula yang dirampas oleh orang lain..Apa yang kita lakukan didunia ini ada balasannya.. Ia bagaikan satu karma yang berputar2 bagaikan tiada penghujungnya..setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan..Ingatlah bila kita mengambil hak orang tak mustahil hak yang kita ambil itu akan diambil pula..

Sekali terjebak dengan cinta yang begini sukar untuk dilepaskan...Andai si lelaki itu sudah punya anak dan isteri, ingatlah dan cuba bayangkan wajah2 polos anak2mu..Tidakkah kau merasa kasihan pada wajah2 yang naif itu..Bagaimana dengan masa depan mereka bila hidup dalam keluarga yang bercerai berai..Andai kau jatuh cinta sekali pun, itu hanya nafsu yang sementara sahaja.. Godaan kecantikan itu yang membuat hati nurani lelaki lupa pada keluarga dan cubalah melawan godaan itu.. Cuba ingat kembali saat2 bahagia kau dan pasanganmu dulu.. Mengapa dulu kau jatuh cinta dengan isterimu dan apa kelebihan dan kebaikan dia yang membuatkan kau cintanya..Adakah semua itu sudah hilang dan rasa2 cinta itu sudah tiada lagi..hanya hati mu yang bisa menjawabnya..

Si gadis pula, mengapa harus terlibat dengan lelaki yang bukan hak mu.. Andai sedari awalnya kau tidak mengetahui dia adalah suami atau tunangan orang mungkin itu boleh dimaafkan.. Tetapi kalau dah mengetahui dan masih meneruskan itu adalah sangat tidak wajar.. Melukakan hati wanita lain seperti melukakan dirimu sendiri.. Apa perasaan kamu andai kamu di tempat orang yang kamu rampas haknya.. Tentu sakit kan dan tentu kamu pun rasa pedih dan terlukanya hati mu bila orang yang kamu sayang dan cintai menduakan mu dan punya wanita lain di belakangmu...Andai kamu pun rasa apa yang wanita tadi rasa tentu kamu akan fikir berkali2 utuk melepaskan hubungan yang mustahil itu... Masih banyak lelali dan wanita yang masih solo atau yang baik2 diluar sana..mengapa harus terjerbak dengan cinta yang begini..

Memang tak salah lelaki mempunyai isteri lebih dari satu.. Tapi sanggupkah kamu bermadu dan semestinya wanita yang kau rampas haknya tak mahu bermadu.. Siapa yang di dunia ini mahu berkongsi kasih dengan wanita lain, tiada seorang pun.. Andai ada tak banyak dan mungkin hati merelakan tanpa ikhlas.. Bila terjadinya kejadian seperti ini adakah silelaki dapat berlaku adil dan bila keadilan tidak dapat dilakukan maka terjadinya perceraian.. Mengapa harus terjadi semua ini, mengapa???? Andai kamu ada jawapannya kamu akan mengerti hati dan perasaan wanita yg kau sakita itu kamu tak akan sesekali jatuh cinta pada lelaki atau wanita yang salah..

Cinta adalah sesuatu yang suci dan tulus..semailah cintamu dengan orang yang benar dan jagailah hati dan perasaan kaum sejenismu agar suatu hari hati dan perasaanmu pun dijagai begitu..Andai terlanjur mencintai orang yang salah lebih baik berundur diri dari terlibat lebih jauh dan melukai pasanganmu dengan lebih dalam lagi...Cintailah dia kerna dia berhak dicintai kamu dan jauh'hilah dia kerna dia bukan milikmu....

Sunday, 1 January 2012

CINTA PERTAMA DAN CINTA MONYET..

sekadar gambar hiasan
Tahun baru membawa banyak erti pada setiap pasangan..Tak kira yang bahagia atau tidak..Setiap orang inginkan kebahagiaan dan kebahagian selalunya sukar untuk dimiliki..Kasih sayang antara manusia juga sukar ditafsirkan.. Dalam cinta selalu akan ada yang terluka baik lelaki atau wanita.. Bagi wanita cinta pertama sukar dilupakan dan bagaimana dengan lelaki???? Hemmm mesti tidakkan, atau lelaki cepat mencari pengganti untuk diri mereka...Janji-janji yang diucap waktu bersama hilang entah kemana... Entry kali ini berkisar tentang CINTA PERTAMA dan apa kesannya pada anda..

Cinta pertama adalah pertama kali kita jatuh cinta dalam hidup kita, pertama kali merasakan diri disayangi dan dicintai... Perasaan itu amat seronok dan setiap gadis pasti pernah merasakannya dan jauh dalam lubuk hati korang pasti merindui saat-saat cinta pertama.. Bohonglah kalau ada sesiapa yang tak pernah merasai penggalaman cinta pertama.. Selalunya kebanyakan dari kita mesti penggalaman cinta pertama sewaktu sekolah..ye tak???? Mestilakan...Tapi jangan salah sebab cinta dizaman sekolah itu dipanggil cinta monyet dan cinta pertama ini adalah cinta dimana pasangan itu serius dalam erti kata lain cinta yang matang.. Yang mana cinta ini sudah faham maksud cinta tesebut dan cinta monyet, cinta yang tak serius dan banyak main-main dan tak kekal hingga akhirnya..memang ada yang kekal sampai gerbang perkahwinan tapi dalam sejuta hanya ada satu sahaja dan yang lain hanyalah main-main saja...

Cinta monyet ini selalunya cinta yang tidak tetap, banyak berubah-rubah dan suka pada si A kemudian suka pada si B pulak dan selalunya pendiriannya dalam cinta tidak tetap dan hatinya cepat jemu dengan pasangan bila tengok je lelaki or wanita lain dia berkenan dan terpikat...sebab itu cinta monyet ini tak boleh dikira cinta pertama..dunia cinta monyet selalunya penuh dengan cinta dan bila pendirian seseorang itu tidak tetap dia tidak boleh membuat pilihan siapa yang dia benar-benar suka dan cintai..baginya kedua-dua dia suka haaaa macam mana tu hehehe...itu lah cinta monyet cinta zaman sekolah..

Berlainan pulak dengan cinta pertama yang sebenarnya.. Cinta ini bila kita jumpa seseorang yang kita suka hati akan berdetik dan berdegup dengan kencang.. Bila berdekatan dengannya rasa serba tidak kena dan akal selalu berfikir tentang dia..Bila tidak melihat dia rasa hati ini semacam saja dan cinta pertama sukar dilupakan...Sebab itulah bila cinta terputus ditengah jalan seseorang itu sukar melupakan cinta ini, baginya keputusan ini tidak adil.. Dan mulailah diri mempersoalkan, mengapa cintanya begini begitu...salah satu sebab mungkin bukan jodoh dan kita harus menerima ketentuan ilahi bahawa mungkin itu bukan jodoh kita yang sebenar...Setiap manusia di dunia ini sudah di jodohkan oleh ALLAH yang MAHA ESA dan kita sebagai umatnya terima dengan redha.. memanag kita digalakkan berusaha tapi dalam berusaha itu harus terima seadanya andai jodoh tak panjang siapalah kita nak melawan takdir..tapi cinta pertama memang indah, kerana pada masa itulah hati benar-benar merasakan kehadiran seseorang dalam hidup kita dan kita pun ingin berkongsi suka duka bersama dia..andai cinta pertama dapat bersama hingga ke akhirnya..itu adalah satu anugerah buat pasangan...cinta hadir tanpa dipaksa cinta pergi tanpa di duga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...